namun sebagai pelopor dasar kontroversi ini rasa tidak puas hati terus membuak dalam diri. Hakikatnya kita harus sedar Tun Dr M pada dasarnya sangat menyayangi anak bangsanya tetapi tindakannya tidak direstui oleh pejuang bahasa dan pencinta ilmu.
Sesuatu yang perlu disedari oleh Tun bahawasanya bukan beliau seorang sahaja yang mengambil berat soal pendidikan anak bangsa dan yang lebih utama pendapat dan cadangannya bukanlah sesuatu yang BENAR dan WAJIB PATUH. Beliau boleh terus kecewa sebagai seorang individu. Tetapi kekecewaannya tidak akan dikongsi oleh pejuang bahasa dan penentang dasar PPSMI.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan