rumah baru hampir siap sepenuhnya. Setakat la ni kira boleh duduk dah la. Cumanya sedikit sentuhan akhir diperlukan sebagai deco. Apabila masuk rumah baru, kena beringat:
hadith Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
Daripada Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, bahawa sesungguhnya Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Janganlah jadikan rumah kamu seperti kuburan. Sesungguhnya syaitan itu lari bertempiaran meninggalkan rumah yang dibacakan di dalamnya Surah al-Baqarah [Riwayat Muslim]
Surah al-Baqarah menceritakan asal usul kejadian manusia, serta asal usul murka Allah kepada Syaitan. Hakikat inilah yang melemahkan syaitan apabila kita membaca surah ini. Surah ini mendedahkan kelemahan mereka, dan kehormatan kita sebagai khalifah Allah yang melantik manusia menjadi penghulu dunia.
Sedikit demi sedikit perlu dibacakan Surah al-Baqarah, untuk membersihkan rumah dan hati penghuni rumah. Inilah yang ikhtiarkan InsyaAllah serba sedikitnya suasana rumah menjadi lebih tenang. Janganlah pula apabila masuk ke rumah baru ini, kita membawa segala-gala yang baru termasuk benda-benda baru dalam agama (bid’ah) yang mengundang murka Allah.
yang berbold tu diedit daripada saifulislam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan