Keputusan PRK Manik Urai, Kelantan menyaksikan sekali lagi Pakatan Rakyat (PR) memenanginya di bawah peserta yang mewakili PAS. Walau bagaimanapun majoriti yang diperoleh merosot daripada 1352 kepada 65 sahaja. Tahniah kepada yang menang, dan yang kalah boleh la cuba lagi.
Daripada keputusan yang diumumkan itu macam-macam analisis dibuat. Walaupun kalah, UMNO dikatakan menang kerana berjaya mengurangkan majoriti PAS sebanyak 1287 undi. PAS pula walaupun menang, dianggap telah kalah apabila gagal mengekalkan@ menambah majoriti.
Walau apapun analisis yang dibuat oleh sekian ramai "pakar-pakar" analisis dari berbaju kot sehingga berkain pelikat, keputusan yang diumumkan adalah muktamad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan