Rabu, 8 Julai 2009

PPSMI mengikut JACKO

TPM yang juga merupakan Menteri Pelajaran telah mengumumkan dasar kontroversi PPSMI akan dimansuhkan berkuat kuasa 2012. Bermakna subjek Sains dan Matematik kembali kepada bahasa Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan. Bagi 'penentang' dasar ini suatu kesyukuran dan bagi pendukung dasar ini keputusan ini merupakan suatu petaka. Akhirnya kerajaan menerima hakikat bahawa bahasa Inggeris bukanlah bahasa yang sesuai untuk P&P dalam kedua-dua subjek ini. Namun yang mencetus dasar terus berdolak dalih. Sesungguhnya hal berkaitan pendidikan anak-anak hendaklah diserahkan kepada ahlinya untuk menilai dan merangka dasar. Sehebat mana pun seseorang pemimpim membawa negara ke mercu kejayaan, tidaklah boleh dia membuat semua keputusan dalam semua bidang. Adakalanya keputusan yang dibuat tidak lebih daripada suatu persepsi yang menyimpang. Jadi biarlah yang ahli yang membuatnya.
mudah-mudahan kerajaan tidak lagi membuat sesuatu dasar berdasarkan persepsi semata-mata juga berdasarkan pendapat peribadi yang tidak lebih daripada syok sendiri.

kartun daripada portal pendidikan utusan...

Tiada ulasan: