Jumaat, 17 Julai 2009

Malaysia VS Manchester United

Perlawanan persahabatan ini tidak perlulah dilihat sebagai jatuh bangun Bola Malaysia. Hanya sekadar suatu hiburan sukan yang penuh bermakna kepada peminat bola dan pengamal bola di Malaysia. Kalah bukanlah bermakna prestasi bola Malaysia terus merudum kerana Malaysia memang pasukan yang sentiasa kalah, dan menang merupakan suatu BONUS AJAIB yang tidak menjanjikan apa-apa jika pembangunan bola sepak Malaysia masih dihantui kemelut pengurusan.

VS
Sebagai peminat bola sepak terutamanya pasukan kebangsaan, aku mengharapkan pemain Malaysia mempamerkan aksi yang memberangsangkan dan tidak dibudak sekolahkan oleh MU.

RAMALAN KEPUTUSAN:
Ramalan merupakan tabiat kebanyakan manusia, jadi sebagai manusia aku juga nak meramalkan keputusan esok

RAMALAN REALISTIK
Malaysia...0
Man Utd...3

RAMALAN OPTIMISTIK
Malaysia...0
Man Utd...0

RAMALAN PLASTIK
Malaysia...1
Man Utd...0

Semoga berjaya MALAYSIA... We(I) are( 'm) with YOU...

Tiada ulasan: