Rabu, 29 Julai 2009

PELAJARku

"Cikgu mesti tension dengan kami kan?"

Lebih kurang macam tu la ayat yang dikatakan oleh seorang pelajar. Kelas tambahan Matematik Moden pada malam tadi menceritakan banyak perkara. Antara percaya ataupun tidak. Fantasi boleh menjadi realiti. Asas matematik yang WAJIB TAHU seolah-olah seperti ALIEN.

Bukan soal tension yang difikirkan ketika itu, tetapi lebih kepada rasa KASIHAN akan nasib yang menimpa pelajar-pelajar. Asas Matematik sukar dikuasai...


Lama dulu ada orang kata Melayu lemah Matematik. Pantang sangat dengan Matematik. Sekarang apabila dasar PPSMI (akan dimansuhkan pada 2012) dilaksanakan pantang tu masih berterusan dan bertambah-tambah BARANGKALI.


Tiada ulasan: