MU adalah singkatan untuk Manchester United, MU juga singkatan untuk Manik Urai. Mungkin inilah yang bermain di kepala Naib Presiden PAS, Haji Mahfuz Omar apabila mengharapkan agar pemimpin UMNO tidak mendakwa bahawa kekalahan tipis pasukan bola Malaysia kepada Manchester United (MU) membuktikan mutu bola sepak kelab itu sudah merosot.
harakah
Mahfuz mengandaikan kekalahan tipis UMNO di MU tidak disamakan dengan pasukan Malaysia (berjersey BIRU) yang kalah tipis kepada MU dan seterusnya tidak dijadikan pemimpin atau pengurus sebagai faktor.
Mahfuz bijak dan pantas mencari ANALOGI sebelum pemimpin UMNO memikirkannya. Inilah dikatakan POLITIK adalah JASAD, ROH, HIDUP, MATI KU. Keadaan ini menjadikan seseorang itu berhalusinasi dan cuba mengaitkan nasibnya dengan persekitaran dan dalam masa yang sama bersedia mencipta pelbagai andaian dan alasan. Mereka juga dikatakan boleh membaca fikiran orang lain.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan