Aku hari ini bertugas di luar sekolah mengiringi pelajar ke majlis Pelancaran Rakan Muda Sekolah. Menyertai pertandingan kawad, dua platun Kadet Bomba dan Kadet KRS.
Sedang pelajar bersiap sedia untuk bertolak..... Seorang pelajar tingkatan 3 datang menyapa.
"Saya kesian kat Cikgu.... Cikgu dok pakai baju tu ja"
dengan spontan aku menjawab
" Cikgu hanya ada 6 helai baju ja, so cikgu rotate la pakai baju ni"
Seorang pelajar lain
" Baju PLAYBOY tu"
Kisah suatu pagi bersama beberapa patah perkataan yang kemudiannya disambung menjadi ayat yang sangat bermakna bagi aku.
Bila aku dengar terus menyirap darah.. dalam hati
"Eh apsal pulak si ****r ni kata camtu, teruk sangat ka baju aku? buruk ka?"
Kisah ini memembangkitkan kesedaran bahawa sebagai seorang guru, aku sentiasa menjadi perhatian pelajar, dan ada antara mereka yang agak cerewet dengan gurunya. Mungkin kerana tidak sesuai seorang guru berpakaian yang sama saja setiap minggu, maka kata-kata "Saya kesian kat Cikgu" keluar...
Apa-apa pun sebagai seorang guru aku terima saja komen daripada pelajar...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan