Ahad, 5 Disember 2010

Blog Bersawang

Mula-mula dulu macam bersemangat nak buat blog. Banyak benda kononnya nak tulis. Itu, ini, begitu, begini.

Sebagai meneyemarakkan kembali tulisan dalam blog aku ni, tekad untuk menulis sekali seminggu. BOleh kot. Insya Allah

Rabu, 21 Julai 2010

TARIKAN TERBARU

Lepas ni budak-budak sekolah boleh buat LASBELA ke ISTANA NEGARA terbaru ni. Ambik-ambik gambar. Bolehla berbangga dapat bergambar depan bangunan RM800 juta. Itulah faedah yang bakal diperoleh oleh rakyat jelata.
Biar papa asal bergaya...

Selasa, 20 Julai 2010

BARU NAK TAU KA?

Daging import India adalah daging kerbau

ALOR SETAR 18 Julai – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjelaskan daging import dari India yang berada di pasaran ialah daging kerbau dan bukannya daging lembu seperti yang mungkin difikirkan oleh ramai pengguna. UTUSAN

Masih ada lagi yang taktau daging import yang dimakan tu DAGING KERBAU. TAu makan ja, pastu 'komplen'. Padahal langsung tak tahu apa-apa...

Isnin, 19 Julai 2010

RASIONALISASI

Bukan perkataan baru, cuma sejak akhir-akhir ini sering kedengaran di media. Jom tanya beberapa sumber apakah yang difahami maksud RASIONALISASI


KAMUS DEWAN EDISI KE-4: 
IB penghematan tenaga buruh dlm perusahaan dll dgn tujuan memperbanyak hasil: rencana pembangunan dan ~ dlm ketenteraan dan perindustrian menemui kesulitan-kesulitan dlm pelaksanaannya; merasionalisasikan mengatur perusahaan dll dgn menghematkan tenaga supaya mem­peroleh hasil yg setinggi-tingginya.

PM, NAJIB:
penyelarasan itu adalah paling minimum berbanding cadangan yang dikemukakan oleh Makmal Rasionalisasi Subsidi kerana kerajaan mahu mengimbangi antara kepentingan rakyat dan keperluan menguruskan defisit negara.

PETANI, PAK ALI:
Kalau shampu 3 in 1 tu pak cik tak kisah, ni 5 in 1, semakin parah pak cik sekeluarga.Kata orang sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

MENTERI, MUSTAFA MOHAMAD:
Adalah tidak munasabah bagi kerajaan berbelanja RM1 bilion setahun bagi memberi subsidi kepada satu barangan yang memberi kesan tidak baik kepada kesihatan.

AKTIVIS KESIHATAN, DR ABU:
Kerajaan tidak serius dalam membantras amalan merokok rakyat. Menaikkan cukai dan harga bukan cara terbaik. Kenapa tidak diharamkan terus penjualannya jika mahu memberi kesejahteraan kepada rakyat?

PENDAKWAH, DR ASRI:
"...di sana berbagai lagi pembaziran yang lain, tiba-tiba rakyat awam menjadi mangsa, subsidi mereka pula yang dirampas," katanya.
"Kenangilah orang-orang kampung yang susah, ibu bapa yang terhad pendapatan mereka dan anak-anak miskin yang akan termangsa dari setiap kenaikan harga barang.
"Mereka tiada istana mewah, tiada kereta mewah, tiada hidangan mewah."

PENYOKONG PEMBANGKANG, EN AHMAD
Kita pakat turun ramai-ramai buat demo hujung minggu ni...

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Dr Awang Adek Hussin
Kenaikan harga bahan bakar dan gula( rasionalisasi) dilihat mampu mengekang kegiatan penyeludupan bahan berkenaan ke negara jiran.

PENDUDUK DI SEMPADAN, MAKCIK ROSMAH
Tak mau bagi barang bersabsidi kat depa (org Siam) jangan sampai kami pulak macam orang Siam.

KERAJAAN
Peniaga JANGAN sewenang-wenangnya menaikan harga barang. kalau ad peniaga yang berdegil naikkan harga barang, PENGGUNA perlu BOYYCOT.

ORANG KAMPUNG,
BOYYCOT kerajaan yang menaikkan harga barang.

PENGANALISIS EKONOMI,
KEnaikan harga beberapa barangan pengguna mampu menjimatkan DUIT KERAJAAN.

UTUSAN MALAYSIA,
Melaporkan sebuah istana baru bernilai lebih RM800 juta sedang giat dibangunkan.

Isnin, 12 Julai 2010

Piala Dunia FIFA 2010: JUARA BARU

Satu jaringan memisahkan SEPANYOL dan BELANDA untuk kejuaraan PIALA DUNIA 2010. Pasukan ke- 8 menjuarai PIALA DUNIA selepas PERANCIS 1998.
PIALA DUNIA FIFA edisi ke- 19 telah berakhir, kalau umur panjang, jumpa lagi pada edisi ke-20 di BRAZIL 2014...

Isnin, 5 Julai 2010

Piala Dunia FIFA 2010: SIFIR YANG PERLU DIPERTAHANKAN

1930 : Uruguay
1934: Italy
1938: Italy 

1942, 1946: Perang Dunia 


1950: Uruguay
1954: West Germany
1958: Brazil
1962: Brazil
1966: England
1970: Brazil
1974: West Germany
1978: Argentina
1982: Italy
1986: Argentina
1990: West Germany
1994: Brazil
1998: France 
2002: Brazil
2006: Italy
2010:      

Setakat ini hanya pasukan dari Benua Eropah dan Amerika Selatan sahaja yang berjaya bergelar juara PIALA DUNIA. Mungkin secara KEBETULAN, sejak 1962 JUARA PIALA DUNIA sering sahaja bertukar-tukar tempat antara pasukan AMERIKA SELATAN dan EROPAH. Jika diambil kira keadaan ini, sepatutnya tahun ini merupakan EDISI untuk pasukan AMERIKA SELATAN. Jadi hanya URUGUAY sahaja wakil yang tinggal...       

Sabtu, 3 Julai 2010

Piala Dunia FIFA 2010: BRAZIL dan URUGUAY

DUA pasukan dari Amerika Latin dengan dua cerita berbeza. BRAZIL dilihat memiliki ramuan yang cukup baik dalam perlawanan bola sepak. Namun segalanya tampak tidak menjadi pada piala dunia semenjak menjuarainya buat kali terakhir pada 2002 lalu. Sekali lagi tersangkut pada suku akhir apabila tewas kepada Belanda 2-1. Bolehlah dikatakan BRAZIL tidak mempunyai TUAH kali ini.
 Memiliki pemain hebat tak semestinya akan berjaya. Elemen TUAH atau NASIB juga perlu diambil kira.

Berbanding URUGUAY, segalanya nampak seperti sudah berakhir apabila bertemu GHANA. GHANA memperoleh sepakan penalti pada minit terakhir masa tambahan 30 minit apabila Suarez menyelamatkan pintu gol menggunakan tangan. Suatu sumbangan yang perlu dibanggakan oleh pasukan URUGUAY. Namun TUAH bukan menyebelahi GHANA apabila sepakan GYAN mengenai palang. Penentuan penalti memihak URUGUAY 4-2. URUGUAY adalah pasukan yang memiliki TUAH.
Suarez bertindak sebagai penjaga gol. Tindakan yang patut dipuj
 
Ayam tambatan URUGUAY. Mampu menjadi pemain terbaik Piala Dunia kali ini.

Jumaat, 2 Julai 2010

Piala Dunia FIFA 2010: Pusingan Kalah Mati


Asia sudah tidak berwakil lagi setelah kedua-dua pasukan KOREA dan JEPUN tewas. Walaubagaimanapun keputusan ini tidak memperlihatkan kegagalan, tetapi kebangkitan bola sepak Asia apabila berjaya layak ke perlawanan kalah mati. Paling hampir adalah JEPUN yang tewas pada penentuan sepakan penalti kepada Paraguay, 5-3.

Selasa, 15 Jun 2010

Piala Dunia FIFA: Permulaan Baik 2

Pasukan kedua Asia berjaya pada perlawanan pertama peringkat kumpulan.
Honda

Kemenangan pertama Jepun dalam sejarah Piala Dunia di luar Jepun(2002)

Isnin, 14 Jun 2010

Piala Dunia FIFA: Pasukan Tak Digemari

England: Pasukan yang menerima publisiti yang berlebihan. Mengalahkan artis Hollywood. Prestasi tidaklah begitu mengagumkan dalam 3 edisi Piala Dunia terdahulu.dimana hanya sekadar melangkah ke pusingan 16 pasukan pada 1998 dan suku akhir pada 2002 dan 2006. Mungkin disebabkan populariti Liga Inggeris membuatkan populariti tempias ke sukad kebangsaan England.

Australia: Semenjak bertukar konfiderasi pada 2006, pasukan ini telah layak ke pusingan akhir Piala Dunia sebanyak dua kali berturut-turut mulai 2006.Sebagai pasukan Mat Salleh dari Asia, Australia dilihat agak 'angkuh'.

Ahad, 13 Jun 2010

Piala Dunia FIFA: Permulaan Baik

Korea bermula cemerlang dengan menumpaskan Juara Eropah 2004, Greece, dua kosong.
Lee Jung Soon, Park Ji Sung

Khamis, 10 Jun 2010

Piala Dunia FIFA 2010 JEPUN






11 JUN - 11 JULAI 2010


BLUE SAMURAI



Rabu, 9 Jun 2010

Piala Dunia FIFA 2010

Pasukan pilihan Kumpulan A
Mexico
Uruguay


Pasukan pilihan Kumpulan B
Argentina
Korea Selatan
Pasukan pilihan Kumpulan C
England
Slovenia
Pasukan pilihan Kumpulan D
Jerman
Ghana
Pasukan pilihan Kumpulan E
Belanda
Jepun
Pasukan pilihan Kumpulan F
Paraguay
Itali
 
Pasukan pilihan Kumpulan G
Brazil
Ivory Coast



Pasukan pilihan Kumpulan H
Sepanyol
Chile

Isnin, 17 Mei 2010

Makanan Segera Memudaratkan

Bosan dengan makanan segera.

DAP berjaya rampas parlimen Sibu

10.58malam: DAP berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan menewasan BN dengan majoriti tipis 398 undi.

Khamis, 13 Mei 2010

Bila DIA nak mati?

Politik Malaysia saban hari sangat pelik dengan janji secara tiba-tiba dan mengejutkan.


SIBU 12 Mei - Perdana Menteri hari ini mengumumkan bantuan kewangan berjumlah RM18 juta kepada sekolah-sekolah rendah, menengah jenis kebangsaan Cina dan sekolah mubaligh di sekitar bahagian Sibu. Utusan

Bantuan yang sangat besar itu jika dilihat dibuat secara mengejut sangat mengejutkan kerana dari mana datangnya peruntukan sebesar itu? Secara tiba-tiba pulak tu? Apa yang pasti kalau itu keputusan mengejut tentunya tiada dalam perancangan belanjawan kementerian terbabit. Sedangkan yang dirancang sekian lamapun peruntukan boleh ditarik balik.

Mungkin jika kita mendoakan kemajuan kawasan kita, dan kemajuan infrastruktur sekolah-sekolah di kawasan kita, kita sebenarnya mendoakan kematian wakil rakyat kita. Wakil rakyat kita sekarang diibaratkan tidak guna sekupangpun dan perlu diganti melalui pilihan raya kecil agar janji-janji pembangunan dapat masuk ke kawasan kita.

BILA DIA NAK MATI?

p/s: Anda kenal wakil rakyat kawasan anda?

Selasa, 11 Mei 2010

Selamat ulang tahun 64

11 Mei. Tarikh dimana UMNO ditubuhkan. Ah lupa pulak. Tahun ni sudah 64 tahun parti keramat ini ditubuhkan. Masih releven dengan politik semasa. Menjadi penggerak kepada Bangsa Melayu secara khususnya dan penggerak Bangsa Malaysia secara amnya. Dalam melalui liku-liku politik yang sentiasa mencabar kukuhkanlah UMNO dengan AGAMA ISLAM. Tiang-tiang BANGSA perlu di ISLAM kan. Tidaklah ISLAM hanya tempelan kosmetik dan retorik. Jika tidak mahu terus dikritik. Jagalah BANGSA agar tidak terus dihina, kukuhkan AGAMA agar tidak terus difitnah.

Isnin, 10 Mei 2010

Untung tu Halal

KUALA LUMPUR 10 Mei – Kerajaan akan meminda Akta Hakcipta 1987 bagi menjadikan kesalahan memiliki barang cetak rompak sama dengan kesalahan memiliki barang curi, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Rakyat harus tahu yang salah tetap salah dan sekiranya kita sedar membeli barangan curi, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap kita. Utusan

....................................................................................................................................................................

Pendirian Pak Menteri dalam isu cetak rompak bolehlah dibanggakan. kerana memiliki barangan cetak rompak adalah sama seperti mencuri hak orang lain dan harus dikenakan tindakan. Namun yang menjadi tanda tanya kenapakah KERAjaan beria-ia mahu mengHALALkan judi? Pak Menteri tak faham hukum JUDI? "Ish mana tak fahamnya. Kalau rakyat beli barang curi kerajaan tak dapat UNTUNG, tapi kalau rakyat berJUDI HALAL kerajaan pun MAHSYUK, rakyat pun sama-sama dapat faedah."

UNTUNG tu HALAL

Sabtu, 8 Mei 2010

Majulah Judi Untuk sukan

Sukan di Malaysia sentiasa menghampakan. Lihat sahaja bola sepak, sekian lama bermain, hasilnya masih di takuk lama. Tiada yang membanggakan. Badminton pula tidak konsisten dengan kemarau untuk memenangi Piala Thomas berlarutan sehingga 18 tahun. Tahun ini bagaimana? Bola Sepak dan badminton, dua sukan yang dekat di hati rakyat Malaysia.

Peruntukan sukan datang dari hasil judi

Tak perlu berhabis duit membuat post-morterm atau bedah siasat jika prestasi sukan Malaysia terus konsisten seperti sekarang. Terang-terangan peruntukan datangnya daripada hasil JUDI yang HALAL menurut undang-undang Malaysia. Hasil judi tak berkat. Elaun atlet dan jurulatih juga tentunya daripada hasil JUDI juga?

Sabtu, 1 Mei 2010

Eh... Aku pulak?

KOTA BHARU, 1 Mei: Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa memberikan andaian, duit RM4 juta yang dinyatakan diterima oleh seorang blogger, Kickdefella adalah datang dari Umno untuk menjatuh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Harakah

Dalam dok heboh pasal dakwaan penulis blog kickdefella tentang RM4 juta untuk menjatuhkan Pak Lah melalui perang saraf, tup, tup nama UMNO pulak naik.

Sifir yang sangat mudah bagi PAS, apa sahaja benda buruk itu dilakukan UMNO. Tak pernah pun mahu bermuhasabah diri sendiri. Sampai bilakah PAS akan meletakkan kelemahan dan kesalah sendiri kepada UMNO?

Jumaat, 30 April 2010

Isnin, 19 April 2010

Bermuka-muka

Masa untuk BERMUKA-MUKA kembali lagi.
kalau tak kerana pilihan raya, saya pun tak mau naik basikal masuk ceruk camni...


Jika kamu seteruku semua tindakanmu aku palu, jika kamu pilihanku, semuanya aku setuju...

Jika dulu aku mahu menyamanmu, Kamu kata, aku memang munafik.

Jika dulu aku berkeris, kamu kata aku kaki botol
Apabila aku berMATA (ALL SEEING EYE a.k.a DAJJAL), kamu kata aku dah ber TAU-BUAT


Sama ada memakai lambang bangsa atau agama, sikap bermuka-muka terus menjadi mainan. Anda tidak boleh bersikap BERMUKA-MUKA (HIPOKRIT) jika buktinya adalah terang dan nyata, tetapi sedaya-upaya BERMUKA-MUKA jika buktinya terselindung.