Politik Malaysia saban hari sangat pelik dengan janji secara tiba-tiba dan mengejutkan.
SIBU 12 Mei - Perdana Menteri hari ini mengumumkan bantuan kewangan berjumlah RM18 juta kepada sekolah-sekolah rendah, menengah jenis kebangsaan Cina dan sekolah mubaligh di sekitar bahagian Sibu. Utusan
Bantuan yang sangat besar itu jika dilihat dibuat secara mengejut sangat mengejutkan kerana dari mana datangnya peruntukan sebesar itu? Secara tiba-tiba pulak tu? Apa yang pasti kalau itu keputusan mengejut tentunya tiada dalam perancangan belanjawan kementerian terbabit. Sedangkan yang dirancang sekian lamapun peruntukan boleh ditarik balik.
Mungkin jika kita mendoakan kemajuan kawasan kita, dan kemajuan infrastruktur sekolah-sekolah di kawasan kita, kita sebenarnya mendoakan kematian wakil rakyat kita. Wakil rakyat kita sekarang diibaratkan tidak guna sekupangpun dan perlu diganti melalui pilihan raya kecil agar janji-janji pembangunan dapat masuk ke kawasan kita.
BILA DIA NAK MATI?
p/s: Anda kenal wakil rakyat kawasan anda?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan