Isnin, 10 Mei 2010

Untung tu Halal

KUALA LUMPUR 10 Mei – Kerajaan akan meminda Akta Hakcipta 1987 bagi menjadikan kesalahan memiliki barang cetak rompak sama dengan kesalahan memiliki barang curi, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Rakyat harus tahu yang salah tetap salah dan sekiranya kita sedar membeli barangan curi, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap kita. Utusan

....................................................................................................................................................................

Pendirian Pak Menteri dalam isu cetak rompak bolehlah dibanggakan. kerana memiliki barangan cetak rompak adalah sama seperti mencuri hak orang lain dan harus dikenakan tindakan. Namun yang menjadi tanda tanya kenapakah KERAjaan beria-ia mahu mengHALALkan judi? Pak Menteri tak faham hukum JUDI? "Ish mana tak fahamnya. Kalau rakyat beli barang curi kerajaan tak dapat UNTUNG, tapi kalau rakyat berJUDI HALAL kerajaan pun MAHSYUK, rakyat pun sama-sama dapat faedah."

UNTUNG tu HALAL

Tiada ulasan: