Isnin, 19 Julai 2010

RASIONALISASI

Bukan perkataan baru, cuma sejak akhir-akhir ini sering kedengaran di media. Jom tanya beberapa sumber apakah yang difahami maksud RASIONALISASI


KAMUS DEWAN EDISI KE-4: 
IB penghematan tenaga buruh dlm perusahaan dll dgn tujuan memperbanyak hasil: rencana pembangunan dan ~ dlm ketenteraan dan perindustrian menemui kesulitan-kesulitan dlm pelaksanaannya; merasionalisasikan mengatur perusahaan dll dgn menghematkan tenaga supaya mem­peroleh hasil yg setinggi-tingginya.

PM, NAJIB:
penyelarasan itu adalah paling minimum berbanding cadangan yang dikemukakan oleh Makmal Rasionalisasi Subsidi kerana kerajaan mahu mengimbangi antara kepentingan rakyat dan keperluan menguruskan defisit negara.

PETANI, PAK ALI:
Kalau shampu 3 in 1 tu pak cik tak kisah, ni 5 in 1, semakin parah pak cik sekeluarga.Kata orang sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

MENTERI, MUSTAFA MOHAMAD:
Adalah tidak munasabah bagi kerajaan berbelanja RM1 bilion setahun bagi memberi subsidi kepada satu barangan yang memberi kesan tidak baik kepada kesihatan.

AKTIVIS KESIHATAN, DR ABU:
Kerajaan tidak serius dalam membantras amalan merokok rakyat. Menaikkan cukai dan harga bukan cara terbaik. Kenapa tidak diharamkan terus penjualannya jika mahu memberi kesejahteraan kepada rakyat?

PENDAKWAH, DR ASRI:
"...di sana berbagai lagi pembaziran yang lain, tiba-tiba rakyat awam menjadi mangsa, subsidi mereka pula yang dirampas," katanya.
"Kenangilah orang-orang kampung yang susah, ibu bapa yang terhad pendapatan mereka dan anak-anak miskin yang akan termangsa dari setiap kenaikan harga barang.
"Mereka tiada istana mewah, tiada kereta mewah, tiada hidangan mewah."

PENYOKONG PEMBANGKANG, EN AHMAD
Kita pakat turun ramai-ramai buat demo hujung minggu ni...

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Dr Awang Adek Hussin
Kenaikan harga bahan bakar dan gula( rasionalisasi) dilihat mampu mengekang kegiatan penyeludupan bahan berkenaan ke negara jiran.

PENDUDUK DI SEMPADAN, MAKCIK ROSMAH
Tak mau bagi barang bersabsidi kat depa (org Siam) jangan sampai kami pulak macam orang Siam.

KERAJAAN
Peniaga JANGAN sewenang-wenangnya menaikan harga barang. kalau ad peniaga yang berdegil naikkan harga barang, PENGGUNA perlu BOYYCOT.

ORANG KAMPUNG,
BOYYCOT kerajaan yang menaikkan harga barang.

PENGANALISIS EKONOMI,
KEnaikan harga beberapa barangan pengguna mampu menjimatkan DUIT KERAJAAN.

UTUSAN MALAYSIA,
Melaporkan sebuah istana baru bernilai lebih RM800 juta sedang giat dibangunkan.

Tiada ulasan: