Sabtu, 3 Julai 2010

Piala Dunia FIFA 2010: BRAZIL dan URUGUAY

DUA pasukan dari Amerika Latin dengan dua cerita berbeza. BRAZIL dilihat memiliki ramuan yang cukup baik dalam perlawanan bola sepak. Namun segalanya tampak tidak menjadi pada piala dunia semenjak menjuarainya buat kali terakhir pada 2002 lalu. Sekali lagi tersangkut pada suku akhir apabila tewas kepada Belanda 2-1. Bolehlah dikatakan BRAZIL tidak mempunyai TUAH kali ini.
 Memiliki pemain hebat tak semestinya akan berjaya. Elemen TUAH atau NASIB juga perlu diambil kira.

Berbanding URUGUAY, segalanya nampak seperti sudah berakhir apabila bertemu GHANA. GHANA memperoleh sepakan penalti pada minit terakhir masa tambahan 30 minit apabila Suarez menyelamatkan pintu gol menggunakan tangan. Suatu sumbangan yang perlu dibanggakan oleh pasukan URUGUAY. Namun TUAH bukan menyebelahi GHANA apabila sepakan GYAN mengenai palang. Penentuan penalti memihak URUGUAY 4-2. URUGUAY adalah pasukan yang memiliki TUAH.
Suarez bertindak sebagai penjaga gol. Tindakan yang patut dipuj
 
Ayam tambatan URUGUAY. Mampu menjadi pemain terbaik Piala Dunia kali ini.

2 ulasan:

prince faeast berkata...

RAMUAN????....
bagi saye ambil tp0ng gnd0m berssma serbuk soda dan penaik..
kmudian masuk kan mil0 bersama serbuk k0k0..
masukkan minyak planta dan air..
dn masukan kesemuan kedalam telur yang di campur bersma gula (kisar)yang tlah p0wn kmbang..
bakar diatas ketuhar s'lma 6 pada suhu 180darjah....
siap untuk dihidang...

wargadunia berkata...

ke situ pulak...