Ahad, 11 April 2010

Pembangunan yang diharap

Kerajaan sedia tangani aduan kurang peluang pekerjaan di Hulu Selangor Kerajaan sedia tangani aduan kurang peluang pekerjaan di Hulu Selangor. 11/04/2010 3:10pm. HULU SELANGOR 11 April — Kerajaan sedia menangani aduan penduduk di Hulu Selangor yang mendakwa berlaku kekurangan pekerjaan di kawasan itu sehingga memaksa penduduk tempatan berhijrah.Timbalan Menteri Sumber M
utusan online.

Koperasi Orang Asli 1Hulu Selangor

HULU SELANGOR 10 April - Taraf kehidupan masyarakat Orang Asli di sini bakal meningkat apabila Koperasi Komuniti Orang Asli 1Hulu Selangor dengan modal berbayar RM30,000 bakal beroperasi selewat-lewatnya dalam tempoh dua bulan lagi.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, melalui koperasi tersebut, masyarakat Orang Asli di Parlimen Hulu Selangor akan dibantu dan dibimbing supaya lebih ramai
utusan online

RM1 juta bantu baiki 315 buah rumah uzur Felda Sungai Buaya

HULU SELANGOR 7 April - Kementerian Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar memperuntukan hampir RM1 Juta bagi membantu membaiki 315 buah rumah yang uzur di Felda Sungai Buaya.
Ketua Pegawai Eksekutif GiatMara, Meriyam Abd. Majid berkata bantuan ini adalah susulan daripada lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ke Felda berkenaan Ahad lalu
utusan online

Persimpangan bertingkat jimat masa

HULU SELANGOR 7 April - Persimpangan bertingkat yang dianggarkan bernilai RM80 juta di Sungai Buaya akan menjadi penyelesai masalah kesesakan trafik yang selama ini dihadapi penduduk Hulu Selangor.
Projek persimpangan bertingkat Sungai Buaya yang akan dibina di Kilometer 436 iaitu antara Plaza Tol Rawang dan Plaza Tol Bukit Beruntung itu disifatkan penduduk setempat sebagai rahmat walaupun pembinaannya hanya bermula menjelang akhir tahun ini.
utusan online

Antara berita-berita yang menghiasi akhabr semanjak pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor yang bakal diadakan. Semuanya berkisar janji-janji untuk pembangunan. Bilalah agaknya ahli parlimen Kangar atau ADUN Kangar nak dipanggil Allah? Sememangnya penduduk Kangar pun mengharapkan pembangunan.

Tiada ulasan: