begini kesudahannya...
Cuaca semasa cerah, namun hanya 17 orang pelumba sahaja berjaya menamatkan perlumbaan. Malang menimpa Michael Schumacher apabila gagal memperoleh sebarang mata di Sepang apabila terkeluar daripada saingan seawal pusingan ke-10. Kegagalan Schumacher walau bagaimanapun berjaya ditebus oleh Roseberg apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dan merupakan podium pertama Mercedes GP Petronas.
Hari Gemilang Red Bull
Pasukan Red Bull Racing Renault menamatkan dua episod malang sebelum ini apabila menyapu bersih tempat pertama dan kedua dengan didahului oleh Vattel. Sememangnya pasukan Red Bull sejak dari perlumbaan pertama di Bahrain menunjukkan prestasi yang memberangsangkan, namun gagal menamatkan perlumbaan di tempat terbaik akibat masalah teknikal.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan