Jumaat, 30 April 2010

Isnin, 19 April 2010

Bermuka-muka

Masa untuk BERMUKA-MUKA kembali lagi.
kalau tak kerana pilihan raya, saya pun tak mau naik basikal masuk ceruk camni...


Jika kamu seteruku semua tindakanmu aku palu, jika kamu pilihanku, semuanya aku setuju...

Jika dulu aku mahu menyamanmu, Kamu kata, aku memang munafik.

Jika dulu aku berkeris, kamu kata aku kaki botol
Apabila aku berMATA (ALL SEEING EYE a.k.a DAJJAL), kamu kata aku dah ber TAU-BUAT


Sama ada memakai lambang bangsa atau agama, sikap bermuka-muka terus menjadi mainan. Anda tidak boleh bersikap BERMUKA-MUKA (HIPOKRIT) jika buktinya adalah terang dan nyata, tetapi sedaya-upaya BERMUKA-MUKA jika buktinya terselindung.

Ahad, 11 April 2010

Pembangunan yang diharap

Kerajaan sedia tangani aduan kurang peluang pekerjaan di Hulu Selangor Kerajaan sedia tangani aduan kurang peluang pekerjaan di Hulu Selangor. 11/04/2010 3:10pm. HULU SELANGOR 11 April — Kerajaan sedia menangani aduan penduduk di Hulu Selangor yang mendakwa berlaku kekurangan pekerjaan di kawasan itu sehingga memaksa penduduk tempatan berhijrah.Timbalan Menteri Sumber M
utusan online.

Koperasi Orang Asli 1Hulu Selangor

HULU SELANGOR 10 April - Taraf kehidupan masyarakat Orang Asli di sini bakal meningkat apabila Koperasi Komuniti Orang Asli 1Hulu Selangor dengan modal berbayar RM30,000 bakal beroperasi selewat-lewatnya dalam tempoh dua bulan lagi.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, melalui koperasi tersebut, masyarakat Orang Asli di Parlimen Hulu Selangor akan dibantu dan dibimbing supaya lebih ramai
utusan online

RM1 juta bantu baiki 315 buah rumah uzur Felda Sungai Buaya

HULU SELANGOR 7 April - Kementerian Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar memperuntukan hampir RM1 Juta bagi membantu membaiki 315 buah rumah yang uzur di Felda Sungai Buaya.
Ketua Pegawai Eksekutif GiatMara, Meriyam Abd. Majid berkata bantuan ini adalah susulan daripada lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ke Felda berkenaan Ahad lalu
utusan online

Persimpangan bertingkat jimat masa

HULU SELANGOR 7 April - Persimpangan bertingkat yang dianggarkan bernilai RM80 juta di Sungai Buaya akan menjadi penyelesai masalah kesesakan trafik yang selama ini dihadapi penduduk Hulu Selangor.
Projek persimpangan bertingkat Sungai Buaya yang akan dibina di Kilometer 436 iaitu antara Plaza Tol Rawang dan Plaza Tol Bukit Beruntung itu disifatkan penduduk setempat sebagai rahmat walaupun pembinaannya hanya bermula menjelang akhir tahun ini.
utusan online

Antara berita-berita yang menghiasi akhabr semanjak pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor yang bakal diadakan. Semuanya berkisar janji-janji untuk pembangunan. Bilalah agaknya ahli parlimen Kangar atau ADUN Kangar nak dipanggil Allah? Sememangnya penduduk Kangar pun mengharapkan pembangunan.

Sabtu, 3 April 2010

ikut-ikutan

Tanggal jubah, pakai kurta pada majlis konvokesyen

NEW DELHI 3 April - Menteri Alam Sekitar India, Jairam Ramesh yang terkenal kerana padangan radikalnya mencetuskan kontroversi pada majlis konvokesyen sebuah institut kerajaan di Bhopal, apabila menanggalkan jubahnya kerana beranggapan pakaian itu adalah pakaian manusia liar pada zaman pertengahan.
Jairam, 55, sebagai jemputan kehormat pada majlis konvokesyen ketujuh Institut Pengurusan Hutan India bertindak mengejutkan jemputan dan pelajar apabila menanggalkan jubah berwarna merah manggis yang dipakaikan kepadanya sebelum memulakan ucapan.
"Saya masih tak faham kenapa selepas 60 tahun merdeka, kita masih mengagungkan peninggalan penjajah liar ini.
"Kenapakah kita tak boleh adakan majlis konvokesyen dengan hanya menggunakan pakaian ringkas tanpa perlu berpakaian seperti paderi dan pope. Amalan seperti ini bermula pada abad ke-13 di Oxford,” katanya yang menerima tepukan gemuruh daripada pelajar.
Ramesh, yang baru-baru ini menimbulkan kontroversi di India melalui perbahasan tentang pengubahsuaian genetik terung, mencadangkan agar para pelajar memakai pakaian biasa ketika menghadiri majlis konvokesyen.
Menteri dari Parti Kongres itu meneruskan ucapan dengan memakai kurta, pakaian kegemarannya. - Bernama
( petikan utusan online)

BUDAYA IKUT-IKUTAN

Budaya ikut-ikutan tanpa mengetahui asal-usul lebih baik ditinggalkan daripada kita terjebak dengan budaya yang tidak sepatutnya. Pakai baju Melayu lagi baik.

FORMULA 1, PERLUMBAAN KE-3, GP MALAYSIA



begini kesudahannya...
Cuaca semasa cerah, namun hanya 17 orang pelumba sahaja berjaya menamatkan perlumbaan. Malang menimpa Michael Schumacher apabila gagal memperoleh sebarang mata di Sepang apabila terkeluar daripada saingan seawal pusingan ke-10. Kegagalan Schumacher walau bagaimanapun berjaya ditebus oleh Roseberg apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dan merupakan podium pertama Mercedes GP Petronas.

Hari Gemilang Red Bull

Pasukan Red Bull Racing Renault menamatkan dua episod malang sebelum ini apabila menyapu bersih tempat pertama dan kedua dengan didahului oleh Vattel. Sememangnya pasukan Red Bull sejak dari perlumbaan pertama di Bahrain menunjukkan prestasi yang memberangsangkan, namun gagal menamatkan perlumbaan di tempat terbaik akibat masalah teknikal.