Isnin, 14 Disember 2009

Harapan

Segalanya tampa tidak pernah menjadi. Dari penghujung  90-an sehingga sekarang segalanya serba tidak kena. Bolasepak Malaysia la apa lagi. Menurut statistik kedudukan (ranking) pada tahun 1993 bulan Ogos, Malaysia berada pada tangga ke 75. Kedudukan ini merupakan kedudukan tertinggi setakat yang tercatat dalam laman web fifa. (Tahun-tahun sebelumnya tiada data).





sumber

Pasukan bolasepak malaysia tidak pernah sunyi daripada menerima kritikan demi kritikan sehinggakan kritikan yang diterima seolah-olah mahu sahaja pasukan bolasepak dibubarkan. Keadaan ini adalah disebabkan Malaysia tidak pernah mencipta kemenangan yang diharapkan. Seingat aku pencapaian Malaysia merudum bermula apabila tewas mengejut kepada Laos 1-0 pada sukan SEA di Jakarta pada tahun 1997. Semejak itu kekalahan demi kekalahan diraih. Jurulatih dan pemain silih berganti. Pelbagai formula dan idea dilontarkan, namun masih tidak kemana. Dari sukan SEA, Piala AFF, Sukan Asia, Kelayakan Piala Asia, persahabatan semuanya mengecewakan. Akhirnya Malaysia memecah kebuntuan kemenangan apabila menjuarai Pestabola Merdeka 2006 apabila menewaskan Myanmar 3-1. Malaysia pada ketika itu diwakili skuad bawah 23 tahun.

Fokus utama catatan ini adalah kepada kedudukan semasa apabila Malaysia dijadualkan bertemu Laos untuk aksi separuh akhir Sukan SEA ke-25 esok.(14 Disember 2009). Malaysia berjaya ke perlawanan separuh akhir apabila menewaskan Thailand 2-1 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Sesuatu yang 'menakjubkan' kerana sebelum itu tewas kepada Vietnam 1-3.

harapan

Adalah menjadi harapan seluruh rakyat Malaysia untuk melihat Malaysia berjaya kali ini dan seterusnya memenangi kejohanan. Kata cacian sudah bertukar nada sekarang, namum ingat kata-kata itu bila-bila sahaja boleh berubah. Hanya yang setia menyokong akan bernada positif. tapi sampai bila??? Penat dah wehhhh

Mudah-mudahan Bolasepak Malaysia kembali ceria selepas ini bermula halangan Sukan SEA dan seterusnya ke kejohanan yang lebih mencabar.....

Tiada ulasan: