Sabtu, 12 Disember 2009

Apa hal dia ni?

Populariti Dato' Seri Nazri Aziz memuncak seketika apabila berita berkaitannya kerap muncul di media, Berita ini lebih kepada isu yang mencetuskan kontroversi.

1. MENUDUH TUN MAHATHIR RASIS (PERKAUMAN).

"KUALA LUMPUR: Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Aziz has described Tun Dr Mahathir Mohamad as a racist for saying that there was no need to revamp the current National Civics Bureau (BTN) training modules."

Maklum balas daripada Timbalan Perdana Menteri: 
TOKYO: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata adalah agak terlampau untuk melabelkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai perkauman. Berita Harian




Tun Kata:

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyarankan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz supaya meletak jawatan dalam UMNO memandangkan ia adalah sebuah parti perkauman. Utusan 

Tan Sri Annuar Musa kata:
KUALA LUMPUR: Semua pemimpin Barisan Nasional (BN) harus menghormati Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang pemimpin berpengalaman yang pernah menerajui negara dan mengelak daripada membuat sebarang komen yang boleh ditafsirkan sebagai negatif kepada beliau. Berita Harian

Nazri balas:
KUALA KANGSAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata beliau tidak akan memohon maaf kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan beberapa kenyataan terbuka dibuatnya sebelum ini. Berita Harian

  2. PERKHIDMATAN TEKSI LEBIH TERUK DARIPADA TANDAS

Kosmo 12 Disember 2009



Kosmo 12 Disember 2009



'Budak jahat' tuduh Dr. M rasis - Ibrahim

Nazri disifatkan sebagai budak jahat oleh Ibrahim Ali

aku-menulis:
Suatu isu yang mendapat perhatian ramai memandangkan Nazri secara berterus terang mengatakan Tun M seorang rasis. Suatu tuduhan yang berat dan melulu. Semuanya bermula daripada isu BTN yang mula dimainkan oleh DAP. BTN? Sebuah kursus kenegaraan anjuran Biro Tata Negara. Aku pernah melalui kursus ini tahun ni. Komen umum aku, kursus yang baik untuk lebih mengenali sejarah Malaysia dan seterusnya memahami perlembagaan negara. Soal rasis mungkin timbul disebabkan banyak membicarakan perjuangan orang Melayu dan hakikatnya memang begitu.

Tak cukup dengan BTN, Nazri cari pasal dengan pemandu teksi pulak. Kalau ikut laporan akhbar, Nazri bertindak agak keterlaluan dengan label-label yang tak sepatutnya seperti "bodoh". nampaknya Nazri dah pandai melabel orang. Siapa pulak lepas ni nak dia label? Tun Abdullah?

Tiada ulasan: