Khamis, 17 Disember 2009

MALAYSIA MENANG

Pasukan bolasepak Malaysia melakar sejarah dengan memenangi pingat emas Sukan SEA. Kali terakhir malaysia memenanginya pada tahun 1989 di Kuala Lumpur. Malaysia menewaskan Vietnam 1-0.
( ramalan 2-0 tak tepat)



TAHNIAH




MALAYSIA



Perlawanan Akhir Bolasepak Sukan SEA 25





VS




Mampukah sejarah dicipta hari ini???


Ramalan

Malaysia ... 2
Vietnam  ...0
(selalunya ramalan mestilah rasis kepada negara sendiri :P)



Menjelang Perlawanan Akhir

Malaysia selangkah lagi mengulangi sejarah 20 tahun lepas untuk memenangi pengat emas Sukan Sea dalam acara bolasepak. Semejak menang pada separuh akhir dengan Laos, semua pihak dari rakyat sahaya sehingga Sultan, memperkatakan tentang bolasepak Malaysia. Banyak pujian diberikan.

Media? saban hari dari jam ke jam mempublisiti kejayaan ini dan mengharapkan pingat emas untuk Malaysia. harapan yang sangat menggunung. Adakah ini merupakan suatu pembakar semangat atau suatu tekanan kepada kem bolasepak Malaysia? Apakah pihak-pihak yang mengharap setinggi everest ini bersedia menerima keputusan seandainya Malaysia gagal? Sama-sama kita saksikan



Mudah-mudahan Malaysia berjaya








Ramalan...

Malaysia... 2
Vietnam... 0

Isnin, 14 Disember 2009

Lagi Selangkah

Tahniah kepada pasukan bolasepak Malaysia kerana melangkah ke perlawanan akhir Sukan Sea. Berjaya menewaskan Laos 3-1.







Pingat yang dicari

Malaysia dan F1


Lotus F1 Team





Replika Jentera F1




Pemandu Utama




Pemandu kedua




Pemandu Ujian (pemandu ketiga)




Litar Rumah (Home Circuit) 

Harapan

Segalanya tampa tidak pernah menjadi. Dari penghujung  90-an sehingga sekarang segalanya serba tidak kena. Bolasepak Malaysia la apa lagi. Menurut statistik kedudukan (ranking) pada tahun 1993 bulan Ogos, Malaysia berada pada tangga ke 75. Kedudukan ini merupakan kedudukan tertinggi setakat yang tercatat dalam laman web fifa. (Tahun-tahun sebelumnya tiada data).





sumber

Pasukan bolasepak malaysia tidak pernah sunyi daripada menerima kritikan demi kritikan sehinggakan kritikan yang diterima seolah-olah mahu sahaja pasukan bolasepak dibubarkan. Keadaan ini adalah disebabkan Malaysia tidak pernah mencipta kemenangan yang diharapkan. Seingat aku pencapaian Malaysia merudum bermula apabila tewas mengejut kepada Laos 1-0 pada sukan SEA di Jakarta pada tahun 1997. Semejak itu kekalahan demi kekalahan diraih. Jurulatih dan pemain silih berganti. Pelbagai formula dan idea dilontarkan, namun masih tidak kemana. Dari sukan SEA, Piala AFF, Sukan Asia, Kelayakan Piala Asia, persahabatan semuanya mengecewakan. Akhirnya Malaysia memecah kebuntuan kemenangan apabila menjuarai Pestabola Merdeka 2006 apabila menewaskan Myanmar 3-1. Malaysia pada ketika itu diwakili skuad bawah 23 tahun.

Fokus utama catatan ini adalah kepada kedudukan semasa apabila Malaysia dijadualkan bertemu Laos untuk aksi separuh akhir Sukan SEA ke-25 esok.(14 Disember 2009). Malaysia berjaya ke perlawanan separuh akhir apabila menewaskan Thailand 2-1 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Sesuatu yang 'menakjubkan' kerana sebelum itu tewas kepada Vietnam 1-3.

harapan

Adalah menjadi harapan seluruh rakyat Malaysia untuk melihat Malaysia berjaya kali ini dan seterusnya memenangi kejohanan. Kata cacian sudah bertukar nada sekarang, namum ingat kata-kata itu bila-bila sahaja boleh berubah. Hanya yang setia menyokong akan bernada positif. tapi sampai bila??? Penat dah wehhhh

Mudah-mudahan Bolasepak Malaysia kembali ceria selepas ini bermula halangan Sukan SEA dan seterusnya ke kejohanan yang lebih mencabar.....

Sabtu, 12 Disember 2009

Apa hal dia ni?

Populariti Dato' Seri Nazri Aziz memuncak seketika apabila berita berkaitannya kerap muncul di media, Berita ini lebih kepada isu yang mencetuskan kontroversi.

1. MENUDUH TUN MAHATHIR RASIS (PERKAUMAN).

"KUALA LUMPUR: Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Aziz has described Tun Dr Mahathir Mohamad as a racist for saying that there was no need to revamp the current National Civics Bureau (BTN) training modules."

Maklum balas daripada Timbalan Perdana Menteri: 
TOKYO: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata adalah agak terlampau untuk melabelkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai perkauman. Berita Harian




Tun Kata:

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyarankan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz supaya meletak jawatan dalam UMNO memandangkan ia adalah sebuah parti perkauman. Utusan 

Tan Sri Annuar Musa kata:
KUALA LUMPUR: Semua pemimpin Barisan Nasional (BN) harus menghormati Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang pemimpin berpengalaman yang pernah menerajui negara dan mengelak daripada membuat sebarang komen yang boleh ditafsirkan sebagai negatif kepada beliau. Berita Harian

Nazri balas:
KUALA KANGSAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata beliau tidak akan memohon maaf kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan beberapa kenyataan terbuka dibuatnya sebelum ini. Berita Harian

  2. PERKHIDMATAN TEKSI LEBIH TERUK DARIPADA TANDAS

Kosmo 12 Disember 2009



Kosmo 12 Disember 2009



'Budak jahat' tuduh Dr. M rasis - Ibrahim

Nazri disifatkan sebagai budak jahat oleh Ibrahim Ali

aku-menulis:
Suatu isu yang mendapat perhatian ramai memandangkan Nazri secara berterus terang mengatakan Tun M seorang rasis. Suatu tuduhan yang berat dan melulu. Semuanya bermula daripada isu BTN yang mula dimainkan oleh DAP. BTN? Sebuah kursus kenegaraan anjuran Biro Tata Negara. Aku pernah melalui kursus ini tahun ni. Komen umum aku, kursus yang baik untuk lebih mengenali sejarah Malaysia dan seterusnya memahami perlembagaan negara. Soal rasis mungkin timbul disebabkan banyak membicarakan perjuangan orang Melayu dan hakikatnya memang begitu.

Tak cukup dengan BTN, Nazri cari pasal dengan pemandu teksi pulak. Kalau ikut laporan akhbar, Nazri bertindak agak keterlaluan dengan label-label yang tak sepatutnya seperti "bodoh". nampaknya Nazri dah pandai melabel orang. Siapa pulak lepas ni nak dia label? Tun Abdullah?