Khamis, 10 September 2009

BONUS aka DUIT RAYA

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Kerajaan mengumumkan pembayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam kumpulan sokongan bagi membantu mereka menghadapi Aidilfitri dan sesi persekolahan akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataannya di sini hari ini berkata, bayaran itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 sebelum Aidilfitri dan bakinya pada Disember ini.

Menurutnya, bantuan khas kewangan itu akan memanfaatkan 860,000 kakitangan awam dalam kumpulan tersebut.

“Implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran tersebut adalah sebanyak RM430 juta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini
(utusan online)

Ada keperihatinan kerajaan di bawah pimpinan Najib kepada kakitangan kerajaan. Bukan semua kakitangan kerajaan yang dapat, cuma kumpulan sokongan sahaja. Guru? takdak........
Sedih? Mestila, kan normal tu. Sedih bukan bermaksud kecewa atau frust menongeng. Walaupun sebelum ini adalah mengharap tapi rezeki Allah yang tentukan. Jadi jangan ada kumpulan profesional yang cemburu pulak. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Berikan sedikit kegembiraan kepada mereka(kumpulan sokongan) dalam menghadapi hari-hari penting ini.

MANUSIA SENTIASA TIDAK PERNAH MERASA PUAS DENGAN APA YANG ADA. Manusia tamak macam ni.... ANDA?

Tiada ulasan: