Khamis, 17 September 2009

Berakhirnya.....

Ramadan 1430H bakal ke penghujung pada Sabtu ini. Kesempatan yang diberi sudah hampir selesai. Mudah-mudahan diambil manfaat. 1431 masih ada. Juga 1432 dan seterusnya. Persoalannya adakah kita masih diberi nyawa untuk menempuh hari-hari mendatang tersebut? Allah jua yang mengetahuinya, kita manusia,hanya merancang.
 

Ada yang bersedih dengan pemergian Ramadan sebagai ekspresi kepada berakhirnya bulan untuk menuai sebanyak mungkin pahala. Ada yang bergembira? Ada. Kebanyakan kanak-kanak yang masih dalam didikan ibubapa untuk lebih memahami Ramadan dan falsafahnya.Bukan semata-mata Ramadan adalah lapar dahaga yang ditahan untuk suatu hari bahagia bernama Hari Raya.

Berakhirnya sebuah bulan mulia yang dirai
Bukanlah dinanti-nanti
Kerana ingin bertemu aidilfitri
Sudah suratan kehendak Ilahi
Setiap bermula berakhirnya pasti...

2 ulasan:

botolminyak berkata...

WAAA!! yg bubuh gmbar saya dok wat baik apsal???
dah la tu 2lis apa lak tu???

wargadunia berkata...

Akif Budak Baik...
Merangkak-rangkak baca Quran
:P