Syukur kepada Alllah kerana dapat beraya dalam keadaan aman dan makmur. Pada tahun ini juga cuaca sangat menyebelahi semua dengan cuaca cerah, panas dan kering sepanjang sehari dua berhari raya.
Mesin ATM diserang untuk mendapatkan duit raya...
Aktiviti Malam Raya,bakar sate di rumah DiN. Tukang kipas tu panas barangkali...
Bersongkok baru ada ciri-ciri keMelayUan...
Antara mereka dah 2 tahun baru datang balik ke rumah aku...
Terima kasih kepada kawan aku Kry, Kriel, Din dan Fickry ( depa ni 4 beradik) kerana berjaya menjumpai jalan ke rumah aku pada raya tahun ni. Setelah 2 tahun mencari.Kehadiran mereka berempat adalah selepas kehadiran DiN ( mai tiap-tiap taun) Lah dan Bang Chik. Pada masa yang sama saudara mara terdekat juga hadir menyebabkan mereka terperosok di depan pintu rumah. Rumah dah penuh....
Ramadan 1430H bakal ke penghujung pada Sabtu ini. Kesempatan yang diberi sudah hampir selesai. Mudah-mudahan diambil manfaat. 1431 masih ada. Juga 1432 dan seterusnya. Persoalannya adakah kita masih diberi nyawa untuk menempuh hari-hari mendatang tersebut? Allah jua yang mengetahuinya, kita manusia,hanya merancang.
Aktiviti anjuran bersama Persatuan Kemahiran Hidup, PRS dan Persatuan Sejarah dan Geografi. Memasak Bubur Lambuk pada 16 September lepas. Aktiviti ini membabitkan penglibatan pelajar dan guru. Chef utama resepi ini adalah Ustaz Husin dibantu oleh penolong chef, Cikgu Azhar Othman.Ucapan terima kasih kepada yang menyumbang kudrat, kewangan dan idea untuk menjayakan program ini.
Mudah-mudahan pelajar AL-MAAD sudah merasai 'keenaka' bubur lambuk ini. Memandangkan kuantiti yang banyak, ada juga bubur lambuk ini diagihkan kepada Masjid Negeri.
PUTRAJAYA 15 Sept. — Pasukan 1Malaysia F1 Team, usaha sama kerajaan dan swasta negara ini, akan menyertai perlumbaan F1 mulai tahun depan, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini.
Perdana Menteri berkata, projek itu melibatkan gabungan kepakaran Proton dan Lotus dengan disokong oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Persatuan Sukan Pemotoran Malaysia (MAM), Naza Motor dan Air Asia.
Najib yang juga Menteri Kewangan I memberitahu pemberita ketika membuat pengumuman itu di Kementerian Kewangan berkata, tokoh korporat terkemuka seperti Datuk Seri Tony Fernandes, Datuk Kamarudin Meranun dan S.M Nasarudin S.M Nasimuddin turut terlibat dalam inisiatif tersebut.
“Ini pasukan Malaysia. Kereta direka bentuk di SIC, dikeluarkan di SIC, di uji di SIC dan kereta buatan Malaysia. Kumpulan pitstop pun rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau berkata, pasukan 1Malaysia itu akan mengenal pasti pemandu Malaysia yang sesuai sambil menambah kata projek tersebut dapat meningkatkan imej negara di persada antarabangsa.
Najib berkata, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) telah menerima permohononan Malaysia untuk menyertai kejohanan F1 dunia tahun depan.
Wow! Malaysia melangkah setapak lagi dalam sukan permotoran antarabangsa apabila bakal mengambil bahagian dalam perlumbaan F1. Kolaborasi antara kerajaan dan pihak swasta.Sebelum ini pun Malaysia dah menyertai F1 melalui penyertaan Petronas sebagai rakan penaja. Kemudiannya Pasukan Minardi dengan mengambil Alex Young sebagai pemandu. Tapi Minardi merupakan pasukan lemah dan menduka citakan membuatkan Alex Young ditendang keluar dari F1
Pada hari ini usia BLOG aku-menulis menyambut ulang tahun pertama. Setelah setahun berada dalam talian (on-line) tak kurang banyaknya isu-isu yang dibawa oleh BLOG ini. Semuanya menurut perspektif aku sendiri saja, samada dipersetujui atau tidak bukanlah soalnya. Aku jadikan BLOG ini sebagai medium untuk memberi maklum balas terhadap kejadian-kejadian yang berlaku di sekeliling aku. Harapan aku adalah untuk memperbanyakkan lagi catatan (entry) dimana boleh menjadi diari kepada aku untuk mengimbau kisah-kisah yang telah berlaku pada masa hadapan kerana aku menulis adalah untuk tatapan masa hadapan...
Blogger dah berusia 10 tahun.... Mmmm... lama dah, aku pulak baru ja guna benda ni. (benda ka? tah la apa-apa ja lah). Sekurang-kurangnya Blogger ni boleh jadi medium aku nak luahkan pendapat dan isi hati aku. Dalam masa yang sama boleh kongsi dengan orang lain (berapa kerat ja orang yang nak baca blog aku? Mmm...) Sebelum ni aku penah guna Wordpress untuk buat blog. Ada kot 2,3 entry, pastu terus senyap dan akhirnya terus buat-buat lupa. Buat-buat tu akhirnya telah menjadi kenyataan dimana aku tak tau password
KUALA LUMPUR 9 Sept. – Kerajaan mengumumkan pembayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam kumpulan sokongan bagi membantu mereka menghadapi Aidilfitri dan sesi persekolahan akan datang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataannya di sini hari ini berkata, bayaran itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 sebelum Aidilfitri dan bakinya pada Disember ini.
Menurutnya, bantuan khas kewangan itu akan memanfaatkan 860,000 kakitangan awam dalam kumpulan tersebut.
“Implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran tersebut adalah sebanyak RM430 juta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini (utusan online)
Ada keperihatinan kerajaan di bawah pimpinan Najib kepada kakitangan kerajaan. Bukan semua kakitangan kerajaan yang dapat, cuma kumpulan sokongan sahaja. Guru? takdak........ Sedih? Mestila, kan normal tu. Sedih bukan bermaksud kecewa atau frust menongeng. Walaupun sebelum ini adalah mengharap tapi rezeki Allah yang tentukan. Jadi jangan ada kumpulan profesional yang cemburu pulak. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Berikan sedikit kegembiraan kepada mereka(kumpulan sokongan) dalam menghadapi hari-hari penting ini.
MANUSIA SENTIASA TIDAK PERNAH MERASA PUAS DENGAN APA YANG ADA. Manusia tamak macam ni.... ANDA?
Sabtu lepas 5 September Alor Setar didatangi oleh aku dan kawan aku beserta keluarganya. New Saga aku masih gagah rupanya. ( Ish kereta aku masih muda remaja lagi, baru 10 000 km.) Patut laa lancar dan memuaskan apabila di pandu. TERIMA KASIH PROTON. Aku tak kisah apa kata orang kita pasal kereta proton, yang penting aku dah memilikinya dan aku akan sentiasa berbaik sangka tetapi masih berada di dalam kerangka RASIONAL.
Berbalik pada cerita aku kat Alor Setar, waktu nak balik dalam pukul 4 lebih di simpang empat bersebelahan Hospital lama kat penjara tu. Berlaku kesesakan luar biasa. Keadaan ini adalah disebabkan lampu isyarat yang tidak berfungsi. Apa lagi, masing-masing nak tunjuk jaguh, terus saja memandu sehingga aliran trafik seolah-olah berhenti kerana masing-masing nak masuk. Aku pun sama ka? Akhirnya aku ambil keputusan ikut kereta putih depan aku tu belok kiri. Fuh lega daripada kegilaan pemandu yang memBAPAK sendirikan jalan raya.
Dari sekian banyak pengalaman aku samada memandu sendiri atau menumpang kenderaan orang lain, aku dapati pemandu kita sangat agresif apabila memegang stereng. Seolah-olah mendapat satu kuasa baru seperti kamen rider yang telahpun bertukar. Bukan apa, melalui pengalaman aku, orang kita selalu lupa bahawa jalan raya adalah dikongsi bersama dan buka milik abah mereka apa lagi milik ayah tiri mereka. Inilah fenomena MEMBAPAK SENDIRIKAN jalan raya.