Isnin, 31 Ogos 2009

HARGA BARU PETROL

KUALA LUMPUR 31 Ogos — Tiada perubahan dalam harga petrol utama negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau hari ini melancarkan petrol RON95 bagi menggantikan RON97 sebagai produk petrol utama yang akan dijual mulai esok di stesen minyak di seluruh negara dengan harga RM1.80 seliter iaitu sama dengan harga RON97 sebelum ini.

RON97 pula dinaiktaraf sebagai minyak premium dengan harga RM2.05 seliter, manakala RON92 dihentikan pengeluarannya, kata Ismail Sabri... UTUSAN ONLINE

RON95 waktu aku beli dulu RM1.75/liter, sekarang dah RM1.80/liter. Tiada perubahan harga?

bermonolog pada malam MERDEKA



Ahad, 30 Ogos 2009

KEMBALI DI LANDASAN SEBENAR


catatan rekod baru dunia 5.05 meter pada kejohanan olahraga Liga Emas, Zurich Swiss, 28 Ogos 2009
kegagalan hari ini bukanlah penamat segalanya

Ron 95 Sudah dijual



1 September minyak RON 95 secara rasminya akan berada di stesen petrol berhampiran anda. Walau bagaimanapun hari ni pun dah ada. Harga RM1.75/ liter. Kurang RM0.05 daripada harga RON 97 buat ketika ini. Mulai 1 September jugak RON 97 akan dijual pada harga RM2.00 dan dijadikan sebagai minyak premium. Naik standard kat Malaysia ni.

Sebenarnya RON95 bukanlah pengganti kepada RON97 tetapi lebih tepat lagi pengganti kepada RON92. Oleh kerana RON97 akan dinaikan harga jadi kerajaan seolah-olah ingin mensetkan minda rakyat bahawa RON95 adalah pengganti RON97. Jadi kerajaan tidak akan dipersalahkan atas kenaikan RM0.20 RON97.

Apa-apapun tafsiran tujuan kerajaan adalah baik dan dalam keadaan menang-menang, kerajaan dan rakyat. Lagipun prestasi enjin taklah menurun jika bertukar kepada RON95 ni.(untuk pengguna kereta Malaysia dan kereta berkapasiti kecil). Jadi pengguna kereta mewah macam Camry, BMW terpaksa meneruskan penggunaan RON97.

Serampang dua mata. Maknanya tiada lagi subsidi berlebihan untuk pengguna kereta mewah kerana harga minyak dinaikan. Takkan pakai kereta mewah nak melenting dengan kenaikan harga minyak sebanyak RM0.20? Kereta boleh beli...





Selasa, 25 Ogos 2009

MERDEKA

TOP 2 Lagu Patriotik


Jumaat, 21 Ogos 2009

Sekali Lagi


Usain Bolt memecah rekod 200m miliknya sendiri di World Athletics Championships di Berlin.

Selasa, 18 Ogos 2009

Kegagalan Hari ini Bukanlah Penamat Segalanya

Kegagalan ISINBAYEVA mempertahankan kejuaraan lompat bergalah di kejohanan dunia di Dublin agak mengejutkan. Mulai Olimpik Athens 2004, beliau tidak pernah dikalahkan oleh sesiapapun. Beliau merupakan atlet wanita pertama yang melepasi had ketinggian 5 meter dan menjadi atlet tunggal wanita melepasinya ketika ini. Namun pada Grand Prix London Julai lepas, beliau akhirnya ditewaskan setelah bertakhta selama 6 tahun! Kegagalan ISINBAYEVA nampaknya berterusan pada kejohanan WORLD ATHLETICS CHAMPIONSHIPS di BERLIN. Namun rekod 5.05Meter miliknya terus terpahat sebagai rekod dunia.


Kejayaan yang dikecapi sekian lama bukanlah bermakna hak mutlak kita. Namun kegagalan yang dihadapi setelah mengapai kejayaan bukanlah berakhirnya sebuah perjuangan. Usaha yang berterusan InsyaAllah dapat menjelma kembali kegemilangan yang pernah digapai...

Isnin, 17 Ogos 2009

"anything is possible"


9.58 saat merupakan rekod dunia terbaru untuk 100m pecut dengan duiungguli Usain Bolt dari jamaica. Kegigihan anak muda berusia 22 tahun ini sangat mengagumkan. Andai ada usaha kejayaan pasti milik kita.
"anything is possible"... Usain Bolt

Khamis, 13 Ogos 2009

ASRI IBRAHIM


13 Ogos 2009, Perginya Asri Ibrahim mengadap Ilahi. Al-fatihah, mudah-mudahan rohnya dicucuri Rahmat..
lagu nyanyian Asri dari kumpulan Rabbani memang berada dalam senarai lagu yang selalu didengar. Antara lagu yang menarik perhatian
Pergi tak kembali
Anak soleh
Assalamualaikum
"kompilasi lagu-lagu raya"
Kiblat yang sama
....
banyak lagi rasanya yang best.
Mudah-mudahan jasa beliau dalam menghiburkan aku/ kita dikenang.

Selasa, 11 Ogos 2009

BAB SATU punya SELESEMA

INfluenza H1N1 aka selesema babi semakin menunjukkan peningkatan jangkitannya di Malaysia. Kes kematian pada ketika AKU MENULIS ini sudah mencecah 41 kes. Banyak dan menakutkan. Pada awal kemunculanya aku begitu yakin Malaysia dapat mengawal penyakit ini daripada terus merebak. Tetapi apakan daya...

Sekarang ni asal demam ja, sudah dinasihatkan balik rumah. Begitulah halnya terjadi pada pelajar-pelajar sekolah. Kedatangan pelajar ke sekolah pula turun mendadak dan mencecah melebihi 100 orang!!! Pergh, ramai tu.... Asalkan tujuan untuk mencegah apa salanya? Mudah-mudahan kita dapat menghadapi dugaan Allah ini dengan hati terbuka dan tenang, kerana sesungguhnya setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya...
Pastikan penutup mulut tidak digunakan berulang kali. dah pakai sehari tu buang terus. Pakai yang baru. Sebabnya, penutup tu dah tercemar.

Jumaat, 7 Ogos 2009

kali ke-2

" Cikgu Ilias tegur pasal Cikgu Zaidi 'bawa masuk' pelajar ramai sangat dalam Bilik Guru. Cikgu-cikgu lain pi sembang pasal ni kat Cikgu Ilias. Jadi kena sampaikan kepada Cikgu Zaidi".

" Mmm... Ok"

kali ke-2

Ahad, 2 Ogos 2009

PEJUANG ISLAM


Pemuda-pemudi harapan bangsa?


Mahkamah perlu ditutup. Kami dah menghakiminya...


Mewarisi kepada anak-anak...


berbaloikah?


Nasib aku tak berniaga di sini, kalau dak lingkup aku. Eh, aku ada kedai ka?


Aku di syurga ka?



Wira tak didendang...


Matlamat kami untuk berhimpun secara AMAN berjaya. TAKBIR!!!

kredit gambar: Malaysiakini dan harakah

Sabtu, 1 Ogos 2009

Majlis HURU HARA dalam AMAN



PAS jamin himpunan secara aman - Salahuddin Ayub harakah

Apakah caranya bagi memastikan perhimpinan dengan ribuan orang itu akan berjalan secara beradab ataupun AMAN? Perhimpunan yang ditanam perasaan BENCI dan MELUAT akan I.S.A (juga UMNO BARANGKALI) mana mungkin berjalan secara AMAN. Sejak awal sudah ditanam perasaan begitu. Apakah daya PAS terutamanya untuk mengawal perhimpunan dan perarakan tersebut? Cukupkah dengan bermodalkan air liur?


Jika PAS mahukan ISA dimansuhkan tunjukkan bahawa rakyat bersama mereka pada pilihan raya. Bentuklah kerajaan, kemudian mansuhlah ISA. Bukan berdemo secara AMAN. Apabila nafsu menguasai diri, soal AMAN sudah tidak dihiraukan lagi.