Ahad, 30 Ogos 2009

Ron 95 Sudah dijual



1 September minyak RON 95 secara rasminya akan berada di stesen petrol berhampiran anda. Walau bagaimanapun hari ni pun dah ada. Harga RM1.75/ liter. Kurang RM0.05 daripada harga RON 97 buat ketika ini. Mulai 1 September jugak RON 97 akan dijual pada harga RM2.00 dan dijadikan sebagai minyak premium. Naik standard kat Malaysia ni.

Sebenarnya RON95 bukanlah pengganti kepada RON97 tetapi lebih tepat lagi pengganti kepada RON92. Oleh kerana RON97 akan dinaikan harga jadi kerajaan seolah-olah ingin mensetkan minda rakyat bahawa RON95 adalah pengganti RON97. Jadi kerajaan tidak akan dipersalahkan atas kenaikan RM0.20 RON97.

Apa-apapun tafsiran tujuan kerajaan adalah baik dan dalam keadaan menang-menang, kerajaan dan rakyat. Lagipun prestasi enjin taklah menurun jika bertukar kepada RON95 ni.(untuk pengguna kereta Malaysia dan kereta berkapasiti kecil). Jadi pengguna kereta mewah macam Camry, BMW terpaksa meneruskan penggunaan RON97.

Serampang dua mata. Maknanya tiada lagi subsidi berlebihan untuk pengguna kereta mewah kerana harga minyak dinaikan. Takkan pakai kereta mewah nak melenting dengan kenaikan harga minyak sebanyak RM0.20? Kereta boleh beli...





Tiada ulasan: