Selasa, 18 Ogos 2009

Kegagalan Hari ini Bukanlah Penamat Segalanya

Kegagalan ISINBAYEVA mempertahankan kejuaraan lompat bergalah di kejohanan dunia di Dublin agak mengejutkan. Mulai Olimpik Athens 2004, beliau tidak pernah dikalahkan oleh sesiapapun. Beliau merupakan atlet wanita pertama yang melepasi had ketinggian 5 meter dan menjadi atlet tunggal wanita melepasinya ketika ini. Namun pada Grand Prix London Julai lepas, beliau akhirnya ditewaskan setelah bertakhta selama 6 tahun! Kegagalan ISINBAYEVA nampaknya berterusan pada kejohanan WORLD ATHLETICS CHAMPIONSHIPS di BERLIN. Namun rekod 5.05Meter miliknya terus terpahat sebagai rekod dunia.


Kejayaan yang dikecapi sekian lama bukanlah bermakna hak mutlak kita. Namun kegagalan yang dihadapi setelah mengapai kejayaan bukanlah berakhirnya sebuah perjuangan. Usaha yang berterusan InsyaAllah dapat menjelma kembali kegemilangan yang pernah digapai...

Tiada ulasan: