Minggu ni amat memenatkan. Walaupun minggu peperiksaan akhir tapi dek kerana keberangkatan DYTM Raja Muda Tunku Syed Faizuddin ke sekolah membuatkan satu sekolah menjadi sibuk. Banyak persiapan yang perlu dilakukan. 29 Oktober ni adalah tarikh keramatnya.
mmm.... sangat meletihkan.
Kat bengkel KH aku tu walaupun dah agak lama diduduki tapi masih kosong, jadi sempena Program lepasan PMR 2008, sekumpulan pelajar 'dikerah' menghias bengkel tu. Mau taknya, sempena keberangkatan raja Muda nanti, baginda jugak akan merasmikan bangunan KH yang baru tu.
FUH...
Daulat Tuanku...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan