erti menulis pada aku...
Rabu, 8 Oktober 2008
DR ASRI ZAINUL ABIDIN aka Dr MAZA
Dr Asri mengumumkan persaraannya daripada jawatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis. Sememangnya persaraan dr Asri merupakan kehilangan besar kepada institusi Mufti di Malaysia. Selama ini saya melihat Institusi Mufti Malaysia lebih kepada Institusi yang melahirkan pembaca doa majlis kerajaan. Pandangan Mufti pula lebih bersifat pak turut yang mencari dalil membenarkan kata-kata pak menteri. namun dengan perlantikan dr Asri sebagai mufti Perlis, Institusi mufti dapat diangkat martabatnya. Saya bertanyakan pelajar sekolah yang merupakan anak negeri selain daripada Perlis, siapakah mufti negeri kamu? dengan tanpa was-was, semua pelajar yang ditanya menjawab TIDAK TAHU. Apa yang boleh disimpulkan, peranan mufti di negeri-negeri lain tidak banyak peranannya dalam masyarakat. Mufti hanya memencilkan diri dan akan muncul membacakan doa majlis-majlis kerajaan sahaja. Tidak mendampingi rakyat dan menegur salah-laku masyarakat. bukan berniat memperlekeh para mufti, tetapi itulah persepsi peribadi saya kepada mereka. Mudah-mudahan dr Asri sentiasa beriatiqamah dalam perjuangan menegakkan alQuran dan Assunah serta tidak menjadi mangsa permainan politik yang berkepentingan. Selamat bersara Dr Asri...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

1 ulasan:
susah nak komen bab macam ni...apa pun doa yg terbaik utk nya...
Catat Ulasan