Jumaat, 24 Oktober 2008

SIBUK SEPANJANG MINGGU

Minggu ni amat memenatkan. Walaupun minggu peperiksaan akhir tapi dek kerana keberangkatan DYTM Raja Muda Tunku Syed Faizuddin ke sekolah membuatkan satu sekolah menjadi sibuk. Banyak persiapan yang perlu dilakukan. 29 Oktober ni adalah tarikh keramatnya.

mmm.... sangat meletihkan.

Kat bengkel KH aku tu walaupun dah agak lama diduduki tapi masih kosong, jadi sempena Program lepasan PMR 2008, sekumpulan pelajar 'dikerah' menghias bengkel tu. Mau taknya, sempena keberangkatan raja Muda nanti, baginda jugak akan merasmikan bangunan KH yang baru tu.
FUH...


Daulat Tuanku...

Ahad, 19 Oktober 2008

KENDURI SATE

Acara ni asanya untuk menyambut Hari Raya sempena LaH, adik DiN balik bercuti dari PJ. jadi nak meraikan la sikit-sikit. Aku bertindak sebagai 'sponsor' utama. Sate yang dibuat ialah sate daging sebanyak 2 kg. Harga sekilo daging RM18.00.
Di samping itu, ada nasi impik gak. Dibeli pada saat-saat akhir oleh Izah, adik DiN.

daging dipotong kecik-kecik Daging 2kg yang dah siap dipotong


taburkan serbuk kunyit bawang putih yang telah dikisar halus


Gula. DiN kata kena masuk 750gram!!! Bila dah perap lebih kurang 5 jam, cucuk la...


cucuk sate... banyak jugak yang boleh Api ni susah nak menyala, bila dah menyala
susah pulak nak padam...


membakar sate pun bermula bila membakar ni bau memang tak tahan tapi
tak boleh nak rasa, bila dah mula alamatnya...


Acara makan sate ni dilakukan secara berjemaah
dalam bekas yang sama. Meriah tu...


Walaupun malam tu hujan, tapi nasib baik boleh bakar sate tu bawah rumah. kenduri sate ni dilakukan secara tertutup dan tak menjemput orang luar melainkan keluarga Pak Lang yang terdekat saja. Tapi bila orang dah mai (Ajim) takkan nak menghalau pulak. Budak-budak pulak tu.

Khamis, 16 Oktober 2008

DiN dan PADANG SERA


Kelmarin, kawan baik aku, DiN pergi menuntut di Padang Sera, Kedah. Bermula kelmarin jugak DiN akan berulang-alik ke sana setiap hari. Dengaq kata DiN akan dibayar RM20.00 sehari. Ok la DiN, lepas jugak minyak moto, makan dan simpan RM100.00 sebulan.
Sebenarnya minat DiN telah menemukan kedai servis ini.

DiN bercita-cita untuk membuka kedai servis TV jadi perlu menambah lagi ilmu berkaitan. Mudah-mudahan DiN akan bersungguh dan cepat belajar. Sesungguhnya DiN amat bersabar dalam mengejar cita-citanya...

Semoga berjaya sahabatku...

Isnin, 13 Oktober 2008

DATUK SHAH RUKH KHAN

Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka yang disangka sudah pupus nampaknya belum pupus. Tetiba sahaja negeri Melaka kembali menjadi sebutan. Seorang dari Kerajaan India datang dengan misi mengisi kantung sendiri telah dengan tidak sengaja melakukan penggambaran filem suam-suam kukunya di negeri bertuah ini.
melihat kepada ketampanan serta popularnya orang India tersebut, setelah melakukan kajian terperinci selama 7 tahun, akhirnya Kerajaan Melaka mahu membalas jasa orang india tersebut. Anugerah yang difikirkan sesuai ialah Datuk.
Maka tanggal 11 Oktober sempena hari jadi yang ke-70 tahun TYT selesailah sudah anugerah untuk membalas 'jasa' orang India tersebut.






Rabu, 8 Oktober 2008

DR ASRI ZAINUL ABIDIN aka Dr MAZA


Dr Asri mengumumkan persaraannya daripada jawatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis. Sememangnya persaraan dr Asri merupakan kehilangan besar kepada institusi Mufti di Malaysia. Selama ini saya melihat Institusi Mufti Malaysia lebih kepada Institusi yang melahirkan pembaca doa majlis kerajaan. Pandangan Mufti pula lebih bersifat pak turut yang mencari dalil membenarkan kata-kata pak menteri. namun dengan perlantikan dr Asri sebagai mufti Perlis, Institusi mufti dapat diangkat martabatnya. Saya bertanyakan pelajar sekolah yang merupakan anak negeri selain daripada Perlis, siapakah mufti negeri kamu? dengan tanpa was-was, semua pelajar yang ditanya menjawab TIDAK TAHU. Apa yang boleh disimpulkan, peranan mufti di negeri-negeri lain tidak banyak peranannya dalam masyarakat. Mufti hanya memencilkan diri dan akan muncul membacakan doa majlis-majlis kerajaan sahaja. Tidak mendampingi rakyat dan menegur salah-laku masyarakat. bukan berniat memperlekeh para mufti, tetapi itulah persepsi peribadi saya kepada mereka. Mudah-mudahan dr Asri sentiasa beriatiqamah dalam perjuangan menegakkan alQuran dan Assunah serta tidak menjadi mangsa permainan politik yang berkepentingan. Selamat bersara Dr Asri...
erti menulis pada aku...

Rabu, 1 Oktober 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


1 Syawal datang lagi kali ni tahun 1429H pulak. Mudah-mudahan segala amalan pada bulan Puasa yang lalu dapat dipraktikkan pada bula-bulan selepasnya. Sempena Hari Raya ini, marilah kita menyambutnya dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran kepada Allah.

Aktiviti Hari Raya

Seperti kebiasaan amalan kunjung mengunjungi sanak-saudara dan kenalan adalah aktiviti wajib. Aktiviti seterusnya mestilah aktiviti makan makanan yang sedap-sedap. Sebelum memulakan aktiviti di atas, mestila pi Sembahyang Raya dulu. Tiap kali sembahyang raya mesti kat masjid.

Memandangkan cuaca sejak 2 3 hari ni asyik hujan ja, jadi risau gak kalau Hari Raya esok hujan. Aku berharap dan memohon kepada Allah agar diberi cuaca yang baik sepanjang Hari Raya kali ni. Amin...


erti menulis pada aku...