Rabu, 3 April 2013
BUBAR 2013
Pembubaran Perlimen akhirnya dinoktahkan oleh PM Najib pada 3 April 2013 sekitar jam 11.30 pagi di Putrajaya. Pengumuman disiarkan secara langsung di semua media perdana.
Sememangnya pengumuman ini sangat dinantikan memandangkan mood pilihanraya telah dirasai sejak suku terakhir 2012 lagi. Sejak daripada itu, saban detik diperkatakan tarikh pembubaran parlimen. Pelbagai ramalan diperkatakan namun satupun tidak tepat.
Dalam pengumunan tersebut PM Najib tersilap menyebut tarikh pembubaran apabila menyatakan 3 April 2012. Namun dengan mood pembubaran yang mencapai kemuncak, isu tersebut tidaklah dilihat terlalu penting. PM Najib juga dilihat memberi beberapa nasihat berkaitan pilihanraya dan kadang-kala seakan-akan merayu sokongan rakyat.
Selepas pembubaran parlimen diumumkan PM Najib, beberapa negeri pula mengumumkan pembubaran DUN masing-masing pada hari yang sama termasuk Perlis.
Tulisan ini adalah respond dari:
Parlimen bubar hari ini (Malaysiakini)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan