Ahad, 7 April 2013

Manifest a.k.a Money Feast To: BN Bab 1



ulasan daripada sini

muka hadapan Mingguan Malaysia 7 April 2013


6 April 2013, BN melancarkan manifestonya untuk PRU ke-13.

Kelihatan terdapat 150 komitmen yang dijanjikan dalam manifesto setebal 32 muka surat tersebut.

Helaian ke 6-7 bab pertama MENANGANI KOS SARA HIDUP

Perkara 4: Menyemak semula dasar automotif nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat sebanyak 20% hingga 30% serta meningkatkan daya saing kereta nasional.
Pendekatan sama seperti PR di dalam BUKU JINGGA. Sebelum ini, semua analisis kangkung mengkritik cadangan PR untuk menurunkan harga kereta. Begitu juga Tun M dengan mengatakan negara akan muflis. Tetapi selepas itu BN pula mengambil pendekatan sama. Sememangnya perkara ini ditunggu-tunggu rakyat memandangkan harga kereta di Malaysia sangat tidak munasabah. BN harus akur akan cadangan PR

 

Pada perkara 8: Melakukan penurunan yuran langganan jalur lebar sehingga 20% dengan jaminan bandwidth internet. Perkara ini telah lama dulu diperkatakan oleh Dr Rais, namun sampai kini belum dilaksanakan lagi. Ada yang menyatakan intenet sekarang sudah murah merujuk kepada tawaran daripada syarikat telco yang mempunyai pelbagai pakej. Namun tawaran tersebut tidak lah murah kerana tawaran tersebut dibuat dengan memberi kuota data. Adakah RM48 sebulan untuk 1GB data suatu yang murah? Sudah tentu tidak. Jika BN menang PRU-13 harap dapat tunaikan janji itu.





Rabu, 3 April 2013

BUBAR 2013


Pembubaran Perlimen akhirnya dinoktahkan oleh PM Najib pada 3 April 2013 sekitar jam 11.30 pagi di Putrajaya. Pengumuman disiarkan secara langsung di semua media perdana.

Sememangnya pengumuman ini sangat dinantikan memandangkan mood pilihanraya telah dirasai sejak suku terakhir 2012 lagi. Sejak daripada itu, saban detik diperkatakan tarikh pembubaran parlimen. Pelbagai ramalan diperkatakan namun satupun tidak tepat.

Dalam pengumunan tersebut PM Najib tersilap menyebut tarikh pembubaran apabila menyatakan 3 April 2012. Namun dengan mood pembubaran yang mencapai kemuncak, isu tersebut tidaklah dilihat terlalu penting. PM Najib juga dilihat memberi beberapa nasihat berkaitan pilihanraya dan kadang-kala seakan-akan merayu sokongan rakyat.

Selepas pembubaran parlimen diumumkan PM Najib, beberapa negeri pula mengumumkan pembubaran DUN masing-masing pada hari yang sama termasuk Perlis.


Tulisan ini adalah respond dari:
Parlimen bubar hari ini (Malaysiakini)