Isnin, 11 Januari 2010

khalimah ALLAH, Kristian, Islam

Permulaan tahun 2010 agak tegang yang mana melibatkan kontroversi penggunaan khalimah ALLAH telah dibenarkan oleh Mahkamah. Rentetan daripada itu, pelbagai pandangan dilontar dalam memberi maklum balas kebanyakan menentang pengunaan khalimah ALLAH secara total oleh penganut agama lain. ALLAH adalah eksklusif untuk ISLAM. Yang agak berlembut pula sedikit  terbuka namun memberi beberapa garis panduan sebelum khalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut KRISTAIN.

Tak cukup dengan berdemonstrasi sebagai ekspresi atas isu ini, ada pulak pihak yang seperti menanguk di air keruh apabila menyerang beberapa buah gereja di Selangor dan Perak. Terdapat beberapa kemungkinan

1. Pihak yang merasakan mereka adalah pembela Islam, tetapi mereka tidak sedar merekalah petualang agama. Meletakkan Islam dalam keadaan yang sangat rendah toleransinya. Menyerang dan merosakkan tempat ibadah agama lain tidak membawa apa-apa penyelesaiaan dalam situasi sekarang malah meletakkan umat islam setempat seolah-olah tertekan.

2. Pihak berkecuali dalam kes ini yang cuba melaga-lagakan lagi hubungan antara agama di Malaysia. Mahu melihat kerukunan perpaduan di Malaysia dipecahkan dan akhirnya dapat menyelinap masuk uuntuk meracuni pemikiran anak-anak muda yang sentiasa tiada pendirian yang konkrik dalam mempraktikkan agama.

3. Pihak yang merasa mereka ada hak mutlak menggunakan khalimah ALLAH selain daripada orang ISLAM. Mungkin bertujuan memfitnah orang ISLAM dan seterusnya mahu menunjukkan ISLAM adalah agama yang agresif.

Siapa pun yang terlibat, seharusnya umat ISLAM di MALAYSIA tidak perlu mengelabah yang akhirnya akan bertindak seperti kehilangan otak.

Tiada ulasan: