Ahad, 1 November 2009

Perlis Vs Kelantan

caPerlis gagal ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 apabila tewas kepada Kelantan dengan agreged 5-1. Kekalahan di Stadium Utama merupakan yang paling mengecewakan penyokong. Perlis tewas 3-1...

Apa yang menjadi persoalannya adalah sikap penyokong yang sejak dari sebelum bermulanya perlawanan sehingga bila agaknya....
Provokasi antara kedua-dua pihak penyokong menjadi-jadi. Namun kebanyakan penyokong (lebih kurang 98%) [heyyy, aku taula,akukan ajar Matematik....] adalah tidak rasional dan beremosional. kata-kata kesat penyokong Perlis kedengaran sejak dari mula. Tak cukup dengan pasukan Kelantan, pihak berkuasa yang bertugas pun menjadi sasaran. Umur pula bukan penghalang. Dari seusia sekolah rendah hinggalah menjangkau lewat 30an. Keadaan ini bukanlah asing sebenarnya kalau ke stadium cumanya pada malam tadi keadaan sangat tidak terkawal dengan kehadiran penyokong yang luar biasa banyaknya.

Provokasi penyokong kedua-dua pihak juga bukan setakat kata-kata kesat, malah menular kepada pembakaran mercun dan bunga api. Dalam kejadian semalam seorang pelajar telah diberkas kerana dengan sikap bodohnya telah membaling mercun ke arah seorang FRU. Dalam perlawanan berlangsungpun mercun dibakar dan dibaling sehingga ke padang. Pada babak akhir perlawanan seorang pemain Kelantan terkena balingan mercun penyokong Perlis apabila dia terbaring di atas padang kerana dikasari pemain Perlis. Tak cukup dengan itu, anggota JPA yang bertugas untuk mengusung pemain terbabit juga turut dibaling mercun.

Tak cukup di dalam stadium, kekacauan juga berlaku di luar stadium Bharian.


Apa yang dapat dilihat penyokong bolasepak Malaysia masih belum matang dalam menilai sesuatu perlawanan. Keadaan ini mendukacitakan setelah ditambah lagi dengan mutu bolasepak Malaysia yang masih tercari-cari rentak. Bukan setakat penyokong Perlis sahaja, malah semua penyokong di Malaysia kebanyakannya tidak rasional dan beremosi.

Tiada ulasan: