Jumaat, 27 November 2009

Ahad, 22 November 2009

Baca Buku: Suara Orang Buangan



Buku hasl karya Nasr Hamid Abu Zaid
Diterjemah ke bahasa Melayu oleh Ammar Ghazali
326 muka surat
RM25.00

Sabtu, 21 November 2009

Berakhir Sesi 2009

Sesi persekolahan 2009 berakhir Jumaat lepas (20 November 2009). Jumpa lagi pada sesi 2010 akan datang... Selamat bercuti.



 

 

 

 

 

 

 

 

 

Selasa, 10 November 2009

LASBELA LEPASAN PMR 2009

10 November 2009, LASBELA lepasan PMR 2009 berlangsung juga setelah banyak cabaran pada awal perancangannya. Dari 3 hari 2 malam, kemudiannya dipendekkan kepada 2 hari 1 malam dan akhirnya dilangsungkan hanya sehari semalam.

Terima kasih yang tak terhingga kepada Ustaz Abu Zar. Beliau merupakan penggerak utama dari awal hingga habis. Setia menjalankan tugas yang diarah oleh aku......

Terima kasih juga kepada pelajar yang terlibat kerana sangat patuh pada arahan. Antara banyak-banyak program bersama pelajar yang pernah dilalui, kali inilah yang paling tertib, berdisiplin. A++ untuk mereka.


Destinasi pertama, mandi kolam di Napoh Resort

Sabtu, 7 November 2009

Perlawanan Akhir Piala Malaysia

Saat ini perlawanan akhir Piala Malaysia sedang berlangsung. Ramalan awal aku sebelum sepak mula adalah berpihak kepada Negeri Sembila. 2-0.
Apa pula reaksi penyokong di stadium???? Emosional atau rasional???

---------------------------------------------------------------------------------------------

Perlawanan berakhir dengan Negeri Sembilan menang 3-1 mengatasi Kelantan.....
Reaksi penyokong, kebanyakan beremosi dengan membakar mercun, membaling objek, membakar kerusi dan yang paling kurang cerdiknya merentap dan membakar kain rentang sendiri. Banyak rupanya penyokong bermusim daripada penyokong setia...

BAH MAI PULAK

Kelmarin hujan turun seharian. Sekejap lebat sekejap rintik. Hasilnya bah pun melanda di beberapa kawasan kat Perlis ni.
Tengah hari ni kawasan rumah aku yang terkenal sebagai kawasan kegemaran( favorite) air bah, bah jugak. Sehingga catatan ini ditulis air semakin naik dan melepasi paras buku lali....


Setelah projek menaik taraf rumah dilakukan, baru sekarang rumah aku tidak masuk air. Kalau dulu hujan sikit ja terus air masuk dalam rumah. Syukur kepada Allah. (Ni bukan projek Barisan Nasional, tapi projek POKET AYAHku)
 ..........................................................................................................................

Jam 8.00 malam paras air bah meningkat. Ditambah pula dengan hujan sekali-sekala. Paras air menghampiri ke dalam rumah....
.....................................................................................................................................

Paras air meningkat, akhirnya menyapa lantai rumah bahagian dapur dan ruang makan.

Jumaat, 6 November 2009

Suka Makan Ayam???

Lari sikit daripada isu yang tak habis-habis diperkatakan sepanjang minggu ini.

Cerita ni berlaku pada 27 Oktober 2009, Masuk dalam KOSMO.
Sedang asyk makan ayam goreng, tiba-tiba rasa semacam. Rupa-rupanya ada najis..... PERGHHHH, hilang selera.... Akibat daripada tu, si mangsa ni buat laporan polis. Kejadian yang tak sedap didengar ni berlaku di Kangar pulak tu.... Selepas kejadian itu, pihak radix Chicken House Kangar membuat pengesahan bahawa ayam tu bukan daripada Radix Chicken House. Setelah dok mencari-cari informasi restoran manakah itu, (Kat Kangar ni ada Radix Chicken House, KFC dan Habeeb Fried Chicken) akhirnya aku temui satu kenyataan (statement)  
"INI KES RESTORAN AYAM YANG POPULAR DI MALAYSIA"

mmmm... akhirnya dapat juga aku menekanya dan aku rasa memang betul...


Isnin, 2 November 2009

Dr Asri

Bermula dengan berita cadangan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak mahu melantik Dr Asri sebagai YDP YADIM, perlbagai insiden berlaku selepas itu. Dr Asri difitnah pihak yang tidak senang dengan cadangan PM itu melalui satu memorandum yang dihantar kepada DYMM SPB YDP. Antara pihak yang lantang adalah Persatuan Peguam Syarie Malaysia yang merupakan pihak yang menghantar memorandum berkenaan. Keadaan ini telah mendapat repon segera daripada pihak Dr Asri sendiri melalui sidang media yang dilakukannya. Saya beranggapan Dr Asri wajar melakukan sidang media tersebut memandangkan beliau telah dituduh (difitnah) secara keterlaluan. Dalam masa yang sama beliau juga merupakan salah seorang tokoh yang terkenal dan menjadi kewajipan bagi beliau untuk membersihkan dirinya dari segala tuduhan tersebut. Beliau tidak sama sekali bertujuan mencari publisiti untuk itu.



Tak terhenti di situ

Malam tadi (1 November 2009), Dr Asri ditahan JAIS atas alasan berceramah tanpa tauliah. Kejadian berlaku di Ukay Perdana, Selangor.






Kejadia terbaru ini memperlihatkan seolah-olah ada pihak yang sangat terkesan dengan pandangan Dr Asri. Kekesanan itu akhirnya diterjemahkan dengan kejadian yang berlaku sehari dua ini.

Pada pandangan aku Dr Asri merupakan pendakwah yang hebat ilmunya. Walaupun begitu perbezaan pandangan bukanlah alasan untuk saling berdendam dan iri hati. Mudah-mudahan Dr Asri tidak berputus asa dalam perjuangan dan sentiasa beristiqamah dalam dakwahnya....

Komen berkaitan kes Dr Asri


  1. Ulasan daripada Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, YB Zulkifli Noordin, sila klik di sini.
  2. Lagi laporan daripada Mstar Online: “Jamil Khir gesa JAIS beri keterangan isu penahanan Dr Asri “, sila klik di sini.
  3. Ulasan daripada KETUA Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, sila klik di sini.
  4. Lagi laporan daripada Malaysiakini : “Jais tidak jadi dakwa Dr Asri”, sila klik di sini.
  5. Ulasan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak , sila klik di sini.
  6. Ulasan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Datuk Jamil Khir Baharom, sila klik di sini.
  7. Ulasan daripada Bekas Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dasuki Ahmad, sila klik di sini.
  8. Lagi laporan daripada Mstar Online : “Pegawai JAIS adakan perbincangan dengan Dr.Asri, muncul di mahkamah lewat dua jam”, sila klik di sini.
  9. Ulasan daripada Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim, sila klik di sini.
  10. Ulasan daripada Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, sila klik di sini.
  11. Lagi laporan daripada Mstar Online : “Bekas Mufti Perlis anggap diri disabotaj JAIS”, sila klik di sini.
  12. Eksklusif! Rakaman Penangkapan Dr. Mohd Asri, sila klik di sini.

Ahad, 1 November 2009

Perlis Vs Kelantan

caPerlis gagal ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 apabila tewas kepada Kelantan dengan agreged 5-1. Kekalahan di Stadium Utama merupakan yang paling mengecewakan penyokong. Perlis tewas 3-1...

Apa yang menjadi persoalannya adalah sikap penyokong yang sejak dari sebelum bermulanya perlawanan sehingga bila agaknya....
Provokasi antara kedua-dua pihak penyokong menjadi-jadi. Namun kebanyakan penyokong (lebih kurang 98%) [heyyy, aku taula,akukan ajar Matematik....] adalah tidak rasional dan beremosional. kata-kata kesat penyokong Perlis kedengaran sejak dari mula. Tak cukup dengan pasukan Kelantan, pihak berkuasa yang bertugas pun menjadi sasaran. Umur pula bukan penghalang. Dari seusia sekolah rendah hinggalah menjangkau lewat 30an. Keadaan ini bukanlah asing sebenarnya kalau ke stadium cumanya pada malam tadi keadaan sangat tidak terkawal dengan kehadiran penyokong yang luar biasa banyaknya.

Provokasi penyokong kedua-dua pihak juga bukan setakat kata-kata kesat, malah menular kepada pembakaran mercun dan bunga api. Dalam kejadian semalam seorang pelajar telah diberkas kerana dengan sikap bodohnya telah membaling mercun ke arah seorang FRU. Dalam perlawanan berlangsungpun mercun dibakar dan dibaling sehingga ke padang. Pada babak akhir perlawanan seorang pemain Kelantan terkena balingan mercun penyokong Perlis apabila dia terbaring di atas padang kerana dikasari pemain Perlis. Tak cukup dengan itu, anggota JPA yang bertugas untuk mengusung pemain terbabit juga turut dibaling mercun.

Tak cukup di dalam stadium, kekacauan juga berlaku di luar stadium Bharian.


Apa yang dapat dilihat penyokong bolasepak Malaysia masih belum matang dalam menilai sesuatu perlawanan. Keadaan ini mendukacitakan setelah ditambah lagi dengan mutu bolasepak Malaysia yang masih tercari-cari rentak. Bukan setakat penyokong Perlis sahaja, malah semua penyokong di Malaysia kebanyakannya tidak rasional dan beremosi.