Sepanjang keriernya penuh dengan suka, duka, pujian dan cemuhan. Pemergiannya pada pukul 2.26 petang waktu tempatan (5.26 pagi waktu Malaysia), selepas jantungnya gagal berfungsi terus diratapi.
secara peribadinya, pemergian Jacko merupakan kehilangan besar dalam arena hiburan. Keupayaan beliau menghiburkan manusia di dunia ini patut dihargai. Inilah sumbangan besar beliau sepanjang hidupnya...
sebelum kematiannya heboh diperkatakan keislaman beliau. Pelbagai spekulasi timbul sehingga selepas beliau meninggal, abangnya Jermaine @ Muhammad Abdul-Aziz berkata kepada sidang media "Semoga Allah sentiasa merahmati rohmu, Michael," demikian doa Jermaine. Jika Jacko mati setelah memeluk Islam, Alhamdullilah mudah-mudahan Allah merahmatinya.
Dalam mengenang legasi muzik yang ditinggalkan oleh Jacko, bukanlah status agamanya menjadi persoalan tetapi sumbangannya dalam menghiburkan manusia di bumi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan