Ahad, 21 September 2008

MERCUN DAN BUNGA API

Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma kira-kira seminggu lagi dari sekarang. Dalam umat Islam menunaikan ibadah puasa pada minggu terakhir ini persiapan hari raya juga turut dibuat. Pastinya ibu bapa sibuk menyiapkan rumah dan anak-anak untuk menyambut Lebaran yang datang setahun sekali itu.
Salah satu elemen atau unsur yang masih ada hingga kini apabila menjelang hari raya ialah bermain mercun dan bunga api. Di Malaysia bermain mercun mula diharamkan pada tahun 1991. Pengharaman ini termaktub di dalam Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991 akibat peningkatan kadar kecederaan di kalangan kanak-kanak pada musim perayaan. Pengharaman bermain mercun ini juga ada kaitan dengan tragedi kilang mercun meletup pada 7 Mei 1991 yang lalu.
Bermain mercun dan bunga api pada hari raya pengetahuan aku mungkin disebabkan asimilasi budaya kaum Cina dalam kalangan kaum Melayu. Sedikit sebanyak budaya bermain mercun pada Tahun Baru Cina meresap masuk pada sambutan Hari Raya ini. Tujuan bermain pula tidaklah sama dengan kaum Cina. jadi tidak timbul soal khurafat dalam bermain mercun atau benga api ni.
Melalui pengalaman aku, bermain bunga api dan mercun dapat mendatangkan satu kesan keseronokan dalam menyambut hari raya. Dengan bunyi letupan dan warna-warni sudah tentu akan menarik perhatian terutamanya kepada kanak-kanak. Selain menyeronokkan, bermain mercun juga kadang-kala menyebabkan kecederaan kepada anggota badan. tetapi kalau setakat mercun yang dibeli di kedai-kedai taklah bahaya mana kerana kekuatan mercun yang dibuat tu sepadan dengan saiz mercun tersebut. Kalau jenis mercun yang berbunyi kuat selalunya bersaiz besar. Setidak- tidaknya mercun yang dibeli itu mempunyai ciri-ciri keselamatan. Yang menjadi masalahnya ialah mercun buatan sendiri. Setiap tahun menjelang hari raya apa yang aku dengar ialah kecederaan yang disebabkan mecun buatan sendiri dan amat kurang kecederaan disebabkan mercun yang memang telah siap dibuat ataupun mercun yang dibeli.

HALAL/ HARAM MERCUN DAN BUNGA API

Hari raya merupakan hari untuk umat Islam bergembira. Hari yang mana Allah jadukan untuk umat Islam menikmati kegembiraan. Dalam bergembira kita juga tidak lupa kepada yang kurang berupaya agar mereka turut bergembira. Oleh itu, usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan dalam keluarga pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Kegembiraan itu pula berbeza-beza mengikut tempat.

Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan Aidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarahi sesama umat Islam dan menganjurkan majlis rumah terbuka.Di sesetengah negara Asia Barat, cuti umum Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluarga bersiar-siar serta berkelah di tempat peranginan.

Rasulullah SAW sendiri membenarkan penduduk Madinah al-Munawarah bergembira apabila munculnya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik berkata: “Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu.

Lalu baginda berkata:
Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah (SWT) sudah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai

Mercun dan bunga api ada elemen keseronokan dan kegembiraan yang tersendiri jika kena dengan caranya. Siapa yang berkata mercun dan bunga api tiada elemen keseronokan rasanya dia sedang berbohong. lainlah kalau dia sedang tidak sihat. Dalam sambutan kemerdekaan saban tahun acara yang ditunggu-tunggu adalah percikan bunga-api berwarna-warni. Keadaan ini sudah cukup menggambarkan kemeriahan dan kegirangan. Berbalik kepada bermain mercun dan bunga api pada musim perayaan juga begitu. Jadi pengharaman bermain mercun dan bunga api hendaklah difikirkan semula. Bermain mercun dan bunga api bukan aktiviti tidak berfaedah yang 'membakar duit' tetapi aktiviti yang dapat membangkitkan keseronokan dan kegirangan untuk menyambut hari raya. Walau bagaimanapun jika hendak bermain janganlah berlebih-lebihan keranan Islam sendiri telah menetapkan setiap sesuatu perkara yang hendak dilakukan tidak dibuat secara berlehih-lebihan. Soal kecederaan semasa bermain mungkin ada tetapi boleh dikawal. Jika kena dengan caranya mungkin boleh dielakkan. jadi pada aku bemain mercun dan mbunga api ni lebih banyak manfaatnya daripada mudarat.

Tiada ulasan: