Isnin, 29 September 2008

F1 MALAM

Malam tadi berlangsung perlumbaan malam pertama F1. Diadakan jugak pertama kalinya di Singapura. Apa yang aku 'kesalkan' adalah sekali lagi berlaku upset dalam keputusan pada malam tu. pemenangnya adalah Fernando Alonso. Seperti yang diketahui, prestasi kereta Renault tidaklah begitu baik seperti mana pada tahun2005 dan 2006 yang lalu.
kemenangan Alonso yang mencipta sejarah perlumbaan malam dan di Singapura pada aku sangat 'tak berbaloi' kepada peminat F1 seperti aku. Kemenangannya tidak seperti Vettel. Vettel memenangi Perlumbaan dengan keupayaan diri dan pasukaanya bukan disebabkan kesilapan yang dilakukan pelumba dan pasukan lain...

Jumaat, 26 September 2008

DUIT RAYA 2

Duit raya yang bersampul masih banyak berbaki. Mmm... camna tah. Ni disebabkan budak-budak terlalu teruja nak balik awal ni. Kalau nak bagi masa bersalaman ramai-ramai tadi nampak kekok plak sebabnya bukan semua yang akan dapat.

Jadi aku hanya bagi kat bebudak yang datang secara personal jer la. Takpa pas raya nanti boleh bagi lagi.
erti menulis pada aku...

Khamis, 25 September 2008

DUIT RAYA 1


hari ni dah masuk 25 Ramadhan dan esok hari terakhir persekolahan sebelum bercuti Hari Raya. Bila tiba bab Raya ni apa yang penting jugak adalah duit raya. Budak-budak terutamanya memang sangat teruja dengan duit raya. macam aku waktu budak-budak dulu la... :)

Bila aku dah jadik cikgu ni aku pun nak jugak memberi seringgit dua duit raya kat pelajar-pelajar aku. Tapi kalau nak dibagi semua memang agak payah sikit. Maklumlah bayak sangat bebudak tu. Jadi untuk mengelak daripada perkara yang tak diingini berlaku aku dah plan nak bagi kat pelajar yang datang beraya saja dengan aku pada hari terakhir esok. Jadi kalau sapa yang tak datang beraya takdak la duit raya.



erti menulis pada aku...

Ahad, 21 September 2008

MERCUN DAN BUNGA API

Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma kira-kira seminggu lagi dari sekarang. Dalam umat Islam menunaikan ibadah puasa pada minggu terakhir ini persiapan hari raya juga turut dibuat. Pastinya ibu bapa sibuk menyiapkan rumah dan anak-anak untuk menyambut Lebaran yang datang setahun sekali itu.
Salah satu elemen atau unsur yang masih ada hingga kini apabila menjelang hari raya ialah bermain mercun dan bunga api. Di Malaysia bermain mercun mula diharamkan pada tahun 1991. Pengharaman ini termaktub di dalam Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991 akibat peningkatan kadar kecederaan di kalangan kanak-kanak pada musim perayaan. Pengharaman bermain mercun ini juga ada kaitan dengan tragedi kilang mercun meletup pada 7 Mei 1991 yang lalu.
Bermain mercun dan bunga api pada hari raya pengetahuan aku mungkin disebabkan asimilasi budaya kaum Cina dalam kalangan kaum Melayu. Sedikit sebanyak budaya bermain mercun pada Tahun Baru Cina meresap masuk pada sambutan Hari Raya ini. Tujuan bermain pula tidaklah sama dengan kaum Cina. jadi tidak timbul soal khurafat dalam bermain mercun atau benga api ni.
Melalui pengalaman aku, bermain bunga api dan mercun dapat mendatangkan satu kesan keseronokan dalam menyambut hari raya. Dengan bunyi letupan dan warna-warni sudah tentu akan menarik perhatian terutamanya kepada kanak-kanak. Selain menyeronokkan, bermain mercun juga kadang-kala menyebabkan kecederaan kepada anggota badan. tetapi kalau setakat mercun yang dibeli di kedai-kedai taklah bahaya mana kerana kekuatan mercun yang dibuat tu sepadan dengan saiz mercun tersebut. Kalau jenis mercun yang berbunyi kuat selalunya bersaiz besar. Setidak- tidaknya mercun yang dibeli itu mempunyai ciri-ciri keselamatan. Yang menjadi masalahnya ialah mercun buatan sendiri. Setiap tahun menjelang hari raya apa yang aku dengar ialah kecederaan yang disebabkan mecun buatan sendiri dan amat kurang kecederaan disebabkan mercun yang memang telah siap dibuat ataupun mercun yang dibeli.

HALAL/ HARAM MERCUN DAN BUNGA API

Hari raya merupakan hari untuk umat Islam bergembira. Hari yang mana Allah jadukan untuk umat Islam menikmati kegembiraan. Dalam bergembira kita juga tidak lupa kepada yang kurang berupaya agar mereka turut bergembira. Oleh itu, usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan dalam keluarga pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Kegembiraan itu pula berbeza-beza mengikut tempat.

Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan Aidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarahi sesama umat Islam dan menganjurkan majlis rumah terbuka.Di sesetengah negara Asia Barat, cuti umum Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluarga bersiar-siar serta berkelah di tempat peranginan.

Rasulullah SAW sendiri membenarkan penduduk Madinah al-Munawarah bergembira apabila munculnya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik berkata: “Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu.

Lalu baginda berkata:
Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah (SWT) sudah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai

Mercun dan bunga api ada elemen keseronokan dan kegembiraan yang tersendiri jika kena dengan caranya. Siapa yang berkata mercun dan bunga api tiada elemen keseronokan rasanya dia sedang berbohong. lainlah kalau dia sedang tidak sihat. Dalam sambutan kemerdekaan saban tahun acara yang ditunggu-tunggu adalah percikan bunga-api berwarna-warni. Keadaan ini sudah cukup menggambarkan kemeriahan dan kegirangan. Berbalik kepada bermain mercun dan bunga api pada musim perayaan juga begitu. Jadi pengharaman bermain mercun dan bunga api hendaklah difikirkan semula. Bermain mercun dan bunga api bukan aktiviti tidak berfaedah yang 'membakar duit' tetapi aktiviti yang dapat membangkitkan keseronokan dan kegirangan untuk menyambut hari raya. Walau bagaimanapun jika hendak bermain janganlah berlebih-lebihan keranan Islam sendiri telah menetapkan setiap sesuatu perkara yang hendak dilakukan tidak dibuat secara berlehih-lebihan. Soal kecederaan semasa bermain mungkin ada tetapi boleh dikawal. Jika kena dengan caranya mungkin boleh dielakkan. jadi pada aku bemain mercun dan mbunga api ni lebih banyak manfaatnya daripada mudarat.

Rabu, 17 September 2008

16 SEPTEMBER 2008

16 September merupakan tarikh yang menjadi tumpuan seluruh Malaysia. Tarikh ini dikatakan akan berlakunya pertukaran kerajaan Malaysia dari BN kepada Pakatan Rakyat. Setelah memasuki 17 September, pertukaran kerajaan masih belum berlaku dan rakyat terus dinaungi oleh pemerintahan Pak Lah.


Secara peribadi aku agak pelik melihat perkembangan politik Malaysia sejak berakhirnya PRU 12 ari tu. Seolah-olah pilihan raya adalah sepanjang tahun dan tidak terhenti selepas keputusan penuh diumumkan. Ada saja cerita politik yang 'pelik-pelik'.

Isnin, 15 September 2008

Sebastian Vettel


Sebastian Vettel memang menakjubkan!!! Dia berjaya memenangi perlumbaan F1 di monza Itali dengan mengetepika pelumba handalan lain. Setidak-tidaknya kejayaan Vettel ini membuktikan bahawa dalam perlumbaan F1 apa sahaja boleh berlaku. Vettel daripada pasukan STR-Ferrari yang dianggap pasukan lemah dan sebagai penyeri F1 akhirnya berjaya membuktikan mereka juga boleh bersaing. Walaupun beraksi dalam keadaan yang dianggap paling basah di litar Monza sejak 27 tahun ia bukan suatu kemenangan nasib sebaliknya membuktikan keupayaan Vettel dan pasukannya menghadapi situasi tersebut.
Vettel juga mencipta sejarah pelumba F1 termuda memenangi perlumbaan F1 pada usianya yang ke 21 tahun 74 hari mengatasi rekod Fernando Alonso yang berusia 22 tahun 26 hari pada kemenangannya di GP Hungry pada tahun 2003

Mak, cek menang...
erti menulis pada aku...

Ahad, 14 September 2008

KE PADANG SERA, KODIANG KEDAH

Kelmarin aku teman DiN pi padang Sera, Kodiang. Ada hal sikit. Nak pi kedai servis peratan elektrik. Mulanya dok ingat jauh sangat, dah tak penah-penah pi sana. takat 20km ja dari rumah aku. Tempat yang nak dituju tu sebenarnya tak tau kat mana tapi nasib baik ada Mus yang bagitau. Nama tempat tu SUBRI SERVICE CENTRE.

Hadapan kedai...


kad bisnes dia...


Bengkel membaiki TV...

Keseluruhan aku tengok kedai ini Ok la jugak. kedai dia besar jugak tapi kebanyakan ruang digunakan untuk meletak TV pelanggan. banyak betul TV. terdetik jugak dia ni repair ke tak?

kami pi sana 4 orang semuanya. tapi yang banyak bertanya tu just sorang saja akawan DiN dan Mus. Macam-macam dia cerita dari pembabitan awal dia dok repair TV hingga la sekarang. dah 20 tahun lebih dia repair TV. Bnyak gak generasi TV dia sentuh sampai kami pun tak tau nak gambarkan camna la rupa TV dulu-dulu tu. Maksud rupa Tv dulu-dulu tu bukan rupa luaran tapi dalaman dia la. Komponen-komponen yang digunakan.

Banyak tips dia bagi caman nak repair TV terutamanya Tv buatan China yang selalu menjadi mimpi buruk DiN dalam bab merepair TV. Sedikit sebanyak dapat la jugak camna nak selesaikan masalah. DiN kata dia ni memang pandai habis la repair TV sebabnya TV China pun boleh repair. Kalau nak tau TV China ni aku kata Tv pakai buang. Memang tak tahan, tapi besar mana pun saiznya tetap murah. Tu pasal orang banyak beli TV China. La ni DiN dah tau camna nak settle Tv China ni jadi senang la. Lagipun banyak TV China yang DiN dapat. Kalau nak tau Tv China tu camna TV tu bentuk sama saja dengan TV lain. Tak sepet pun. Tapi cap dia tu pelik-pelik.
Jadi klau ada sapa-sapa yang memiliki TV rosak pi la hantar kat kedai ni. Kawan aku DiN pun pandai jugak repair TV. Dia kat Panggas ja. Kalau sapa-sapa nak lebih lanjut gitau aku. Bukan takat TV ja apa-apa barang elektrik pun boleh.
erti menulis pada aku...



BLOG TAK BOLEH SIGN IN


12 September lepas aku baru cipta satu lagi blog kat dunia ni guna blogspot. Pastu sehari berikutnya aku nak la tambah entri, ntah macam mana nak sign-in tak boleh-boleh. Macam-macam cara aku buat tak boleh jugak. Nak kata aku lupa password tak jugak pasal baru lagi. Yang aku pelik bila nak sign-in blog aku tu dia suruh masukkan nama akaun google. Masa aku daftar 12 hari bulan tu tak pulak aku guna google, Jadi aku cuba cara lain dengan mendapatkan balik password aku yang mungkin aku terlupa. Hampa jugak sebabnya aku silap taip email aku masa daftar ari tu.



. Mmmm nampaknya aku terpaksa la buat satu lagi blog. Kali ni aku guna nama lain pulak yang takdak kaitan dengan nama sebelum ni. Harap kali ni tak menerima nasib malang seperti hari Jumaat lepas. maklum lah orang baru belajar nak memblog. Sebelum ni dok baca blog orang lain ja. Pastu teringin plak nak buat blog sendiri. Yang membezakan blog aku dengan orang lain ni blog aku cuma tak best sikit jer. Bukan tak best banyak tau....



blog lama aku...

Erti menulis pada aku...