Khamis, 31 Mac 2011

Bencana yang satu ini

Sekitar pertengahan Mac, Jepun dilanda bencana besar gempa dan tsunami. Publisiti meluas di media. Ditambah dengan kebocoran reaktor nuklear yang menyumbang kepada pencemaran radioaktif. Selang seminggu Myanmar pula digegarkan gempa. Dalam masa yang sama sekitar semenanjung Malaysia dilanda banjir. Terengganu, Perak, Kedah dan pada 29 Mac, Perlis turut dalam senarai.

Jarak waktu sekitar 4 bulan, kini kembali menyapa.
Banjir Perlis.

Berdasarkan pola banjir di Perlis adalah dalam jarak yang agak lama iaitu sekitar 5 tahun.Namun pola itu berubah. Perubahan yang tidak disangka-sangka. Tak kala garisan lumpur banjir November 2010 beransur luntur di dinding, satu lagi gelombang datang untuk memekatkan semula garisan tersebut. Parasnya ketika ini (31 Mac 2011) menghampiri untuk memadamkan rekod sedia ada.

Sabar sebahagian daripada iman...

Sebelum ini masyarakat Miyagi dan Fukushima perlu bersabar dalam menghadapi bencana, kini tiba giliran masyarakat Perlis, terutamanya sekitar Kangar. Sangat mudah menyebut tapi sukar diimplimentasikan. Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan. Sesungguhnya Allah menguji hambanya berdasarkan kemampuan hambanya sendiri.

Rabu, 23 Mac 2011