Selasa, 31 Mei 2011

Mengajar

Cara-cara menjimatkan tenaga elektrik

posted from Bloggeroid

Rasionalisasi 2011

Dalam separuh masa pertama tahun ini kerajaan telah melakukan banyak pengumuman berkaitan kenaikan harga barang yang mana telah dijenamakan semula sebagai RASIONALISASI.

1. Kenaikan harga bahan bakar petrol, diesel, LPG.
2. Kenaikan harga barangan pengguna seperti gula.
3. Kenaikan tarif elektrik.

Kerajaan kata
1. Kenaikan adalah minimum dan tidak membebankan rakyat.
2. Kerajaan boleh berjimat dan menggunakan duit subsidi untuk projek berkepentingan rakyat.
3. Rakyat kena hidup berdikari dan tidak bergantung kepada TONGKAT.
4. Subsidi kepada rakyat membebankan kewangan kerajaan.

dan kerajaan juga kata
1. Peniaga jangan menaikan harga makanan dan miniman.
2. Peniaga diberi kata dua jika menaikan harga barangan.
3. Rakyat boleh bawa bekal, tanam sayur sendiri dan bancuh air sendiri.
4. Rakyat perlu berjimat cermat, jangan 'dok' shopping memanjang.

kerajaan buat kempen
1. Kurangkan gula, sebab gula penyebab kencing manis.
2. Kongsi kereta untuk kurangkan penggunaan bahan bakar petrol.
3. Menabung untuk masa depan.
4. Belilah barangan Malaysia, beli kereta PROTON.
5. Jimatkan air dan elektrik.

Semuanya memenuhi matlamat kerajaan di bawah jenama
 1 MALAYSIA.
Rakyat kena dulu, Pemimpin dok macam dulu.

Khamis, 31 Mac 2011

Bencana yang satu ini

Sekitar pertengahan Mac, Jepun dilanda bencana besar gempa dan tsunami. Publisiti meluas di media. Ditambah dengan kebocoran reaktor nuklear yang menyumbang kepada pencemaran radioaktif. Selang seminggu Myanmar pula digegarkan gempa. Dalam masa yang sama sekitar semenanjung Malaysia dilanda banjir. Terengganu, Perak, Kedah dan pada 29 Mac, Perlis turut dalam senarai.

Jarak waktu sekitar 4 bulan, kini kembali menyapa.
Banjir Perlis.

Berdasarkan pola banjir di Perlis adalah dalam jarak yang agak lama iaitu sekitar 5 tahun.Namun pola itu berubah. Perubahan yang tidak disangka-sangka. Tak kala garisan lumpur banjir November 2010 beransur luntur di dinding, satu lagi gelombang datang untuk memekatkan semula garisan tersebut. Parasnya ketika ini (31 Mac 2011) menghampiri untuk memadamkan rekod sedia ada.

Sabar sebahagian daripada iman...

Sebelum ini masyarakat Miyagi dan Fukushima perlu bersabar dalam menghadapi bencana, kini tiba giliran masyarakat Perlis, terutamanya sekitar Kangar. Sangat mudah menyebut tapi sukar diimplimentasikan. Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan. Sesungguhnya Allah menguji hambanya berdasarkan kemampuan hambanya sendiri.

Rabu, 23 Mac 2011