Jumaat, 26 Mac 2010

FORMULA 1, PERLUMBAAN KE-2, GP AUSTRALIA


Perlumbaan masuk pusingan ke-2 di mana kali ini GP Australia diletakkan sebagai perlumbaan ke-2 setelah sekian lama menjadi perlumbaan pembuka. Siapa dan pasukan manakah yang bakal dinobatkan juara kali ini?

Sesi ujan bebas hari ini(26 mac) 
memihak kepada Lewis Hamilton dan Jenson Button dari McLaren. Pasukan kebanggaan Malaysia, Lotus terus konsisten di kelompok bawahan 18 dan 20 masing-masing Heikki dan Trulli.
Satu lagi pasukan yang memperagakan nama MALAYSIA iaitu Mercedes GP terus mencabar pada sesi latihan bebas ini apabila Michael Schumacher berada di kedudukan ke-4.

keputusan penuh 26 Mac( Sesi Latihan Bebas)

Jumaat, 19 Mac 2010

kubur

Masalah tanah perkuburan dipenuhi semak samun menandakan penduduk setempat tidak perihatin. Sebagai sebuah kawasan kejiranan seperti kampung misalnya, adalah menajdi tanggungjawab setiap ahli kariah untuk menguruskan tanah perkuburan masing-masing.

Paparan ADUAN RAKYAT 17 Mac 2010 lalu merupakan paparan yang sangat memalukan penduduk setempat. Tidak perlu memanjangkan masalah semak samun di tanah perkuburan kepada pengetahuan media. Sepatutnya penduduk sama-sama membersihkan tanah perkuburan tersebut. Aksi pewaris si mati menangis dan beremosi depan tv sangat memalukan. Adakah tanggungjawab Karam untuk membersihkan kubur ahli keluarga sendir? Apakah usaha yang telah waris si mati lakukan? Keadaan ini bukan hanya memalukan diri sendiri tetapi turut melibatkan penduduk setempat.

Kalau dah sibuk sangat mengejar dunia, upahla orang membersihkan kubur tersebut.

MEDIA

Media pula perlu menyaring setiap aduan sebelum memaparkan kepada umum. Banyak lagi isu rakyat yang perlu perhatian khusus. Isu remah seperti ini tidak perlu dilayan.

Selasa, 16 Mac 2010

Ikon bukan untuk artis

kalau sebut ikon, orang akan samakan dengan idola ataupun figura yang menjadi ikutan. Justeru, meletakkan artis sebagai ikon adalah sesuatu yang sama sekali salah. Golongan artis tidak mampu memikul tanggungjawab yang berat seperti ini. Sebaliknya golongan artis adalah golongan yang perlu diberi bimbingan dan khidmat nasihat kerana pada aku golongan artis kebanyakannya adalah golongan yang bermasalah, hanya segelintir sahaja artis yang tidak bermasalah.

Sekadar contoh, etika berpakaian seperti inikah yang hendak dijadikan contoh? Walaupun soal mempraktikkan ajaran Islam adalah adalah soal individu, tetapi meletakkan golongan seperti ini sebagai figura ikutan tidak membawa apa-apa faedah kerana mereka golongan bermasalah. Mereka bermasalah dalam mempraktikkan ajaran Islam walaupun mengaku beragama Islam. Mungkin mereka mengetahui dan patuh bahawa daging babi adalah haram dimakan, tetapi soal-soal lain bagaimana?

Golongan artis perlu ditarbiah agar mereka memahami masalah yang berada dalam diri masing-masing. Khalayak tidak mencari masalah artis, tetapi artis sendiri yang mempamer masalah mereka kepada khalayak.

Sabtu, 13 Mac 2010

Perlumbaan Formula 1 kembali

Peminat formula 1 pasti menantikan perlumbaan hebat ini berlangsung. Pada Ahad ini perlumbaan sulung tahun 2010 bakal diadakan di litar Sakhir. Perlumbaan musim ini lebih istimewa kerana menampilkan pasukan yang didanai oleh syarikat Malaysia, Pasukan Lotus F1. Selain itu pasukan Tajaan Petronas, Mercedes GP juga menarik perhatian dengan dipandu oleh lagenda F1, Michael Schumacher. 


Musim ini juga menyaksikan 12 pasukan berentap dengan setiap pasukan mempunyai cita-cita tersendiri. Pasukan handalah seperti Ferrari pasti tidak mahu berputih mata musim ini selepas diaibkan pasukan rookies Brawn GP musim lepas. Penampilan pertama pasukan dari Malaysia, Lotus pula diharap dapat meninggalkan impak kepada Formula 1 dan tidak sekadar menjadi pelengkap sahaja.