Selasa, 27 Oktober 2009
Mengutip Pengalaman
Bertaburan di atas tanah ka? Habis tu kenapa kata nak kutip pengalaman? Bermain-main dengan perkataan yang semestinya kaya dengan makna dan maksud berdasarkan konteks ayat yang digunakan. Sedarnya sudah 2 tahun 4 bulan aku digelar Guru. Apa yang aku benar-benar pasti tempoh itu bukanlah suatu tempoh yang panjang untuk benar-benar matang dalam kerjaya pilihanku ini. Masih banyak lagi selok-belok dunia pendidikan yang perlu aku ketahui. Sesungguhnya untuk mengutip pengalaman merupakan suatu peristiwa yang sangat mencabar, mendebarkan dan menakutkan. Mudah-mudahan Allah merahmati diriku dan para guru sekalian.
Isnin, 5 Oktober 2009
Minggu yang meletihkan
Sepanjang minggu ini merupakan minggu yang meletihkan setelah cuti Hari Raya selama seminggu. Dalam minggu ini jugak ada Program Nostalgia Raya .....( apa tah, panjang sangat namanya). Persiapan pulak agak kelam kabut dengan macam-macam arahan dikeluarkan. Masing-masing nak tunjuk POWER dan berlagak pandai. Kesannya orang yang kendali la yang rasa. Budaya LAST MINUTE terus subur bak Cendawan tumbuh selepas hujan.Last-last rancangan ditukar. Dalam masa sehari sahaja 2, 3 keputusan dibuat yang masing-masing saling bercanggah. Pening, pening.
Langgan:
Ulasan (Atom)